‘Saya sayang Mahathir, sekarang saya terima beliau paling sesuai memimpin Malaysia’ – Anwar

“Dalam keadaan sekarang lebih baik Tun Mahathir pimpin negara ini. Saya sebut ini dengan ikhlas” – Anwar. Sumber (gambar): Fail TTF

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

“Saya sayangkan beliau seperti bapa dan pemimpin. Sekarang, saya terima beliau adalah individu terbaik untuk memimpin Malaysia” – Anwar Ibrahim

Raggie Jessy Rithaudeen

ءساي سايڠ محضير، سكارڠ ساي تريما بلياو ڤاليڠ سسواي مميمڤين مليسياء – انور

Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang memiliki pemikiran lama.

Menurutnya, disebabkan itu, agenda reformasi institusi yang sepatutnya telah berubah ketika ini tidak dapat dilakukan olehnya.

“Iya..Tun Mahathir tu ada jasanya tapi dia mewakili sosok lama pemikiran lama,” katanya.




Walaubagaimanapun, pada 8hb Oktober 2018, Anwar mendedahkan bahawa beliau menyayangi Mahathir, yang pada ketika itu bergelar Perdana Menteri, umpama bapanya sendiri.

Anwar membuat pengakuan itu di hadapan ribuan rakyat Port Dickson dalam Ceramah Mega Mahathir – Anwar yang dilangsungkan di situ.

Malah, Anwar menegaskan buat kali kedua bahawa beliau merasakan Mahathir merupakan individu paling tepat untuk memimpin Malaysia.

“Dalam keadaan sekarang lebih baik Tun Mahathir pimpin negara ini. Saya sebut ini dengan ikhlas.

“Saya sayangkan beliau seperti bapa dan pemimpin. Sekarang, saya terima beliau adalah individu terbaik untuk memimpin Malaysia,” katanya ketika berucap di dalam ceramah tersebut.

Inilah Anwar Ibrahim, ancaman terbesar negara dan punca kedua-dua pembangkang dan kerajaan kini mengalami pelbagai krisis kepimpinan (rujuk pendedahan penuh menerusi video di hujung bawah atau klik DI SINI).

Bukan hanya kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tumbang disebabkan majoriti ahli-ahli parlimen PPBM tidak ingin lagi bersamanya, Pakatan Harapan kini makin berkecai susulan penolakan lebih 50 peratus pemimpin gabungan itu terhadap Anwar.

Loading...

Di belah kerajaan pula, sekutu-sekutu Anwar dalam UMNO berjaya memecah-belahkan parti itu dan memporak perandakan perjuangan penyatuan ummah semata-mata kerana ingin menyelamatkan tengkuk mereka dan menjadikan Anwar perdana menteri.

Ini menyebabkan berlaku krisis kepimpinan dalam UMNO, di mana lebih 85 peratus pemimpin bahagian dan cawangan menolak kluster mahkamah yang diterajui oleh sekutu utama Anwar, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar lupa bagaimana beliau sendiri menolak untuk menjadi sebahagian daripada kabinet Mahathir sebelum kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tumbang dengan alasan “ingin berehat” dan ingin menunggu sehingga beliau menjadi perdana menteri.

Tetapi dari luar, Anwar terus menerus mengkritik pentadbiran kewangan dan ekonomi negara secara halus, sekaligus menggangu gugat kestabilan politik dan ekonomi negara di samping menakut-nakutkan pelabur asing.

Apakah ini reformasi yang cuba dibawa oleh Anwar? Ketidakstabilan?

WAJIB BACA:

Lim Guan Eng terkhilaf, DAP, Anwar pernah cuba runding dengan Kleptokrat baru-baru ini



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...