Saya Setuju Dengan Anwar – Pembangkang Tonjol Kebodo’an Luas Biasa, Malas Membaca

Raggie Jessy Rithaudeen

Setuju dengan kata-kata terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti berikut:

“Tengok macam perdebatan di parlimen pagi ini, isunya ialah sempadan di perbatasan Sabah dan Sarawak, tetapi yang disebutnya (oleh pembangkang) ialah PM khianat, jual negara.




“Fakta belum tau, membaca malas, mengkaji tak mau. (Kalau) panggil bodoh dia marah.”

Pedulikan mereka, wahai PM.

Hakikatnya, pembangkang sememangnya menonjolkan ‘kebodo’an’ luar biasa apabila mempolitikkan segala apa yang boleh dipolitikkan, gara-gara mahu ‘peluru’ untuk serang kerajaan dan mengalihkan perhatian daripada perpecahan kronik yang melanda persekitaran mereka sendiri.

Ini termasuk lah dalam isu sempadan Pulau Sebatik dan juga isu perjanjian Amerika-Malaysia yang diputar belit bersalut naratif palsu kononnya kedaulatan negara tergadai.

Pembangkang seolah-olah kurang cerdik dan tidak tahu membaca, barangkali sebab percaya penta’asub mereka sendiri tidak akan membuat kajian dan percaya segala apa yang disampaikan sekalipun ianya menyimpang dari kebenaran.

Namun, pembangkang tidak sedar bahawa jumlah penta’asub mereka terhad, malah dalam beberapa PRK baru-baru ini, jumlah itu jelas mengecil.

Manakala itu, majoriti pengundi menuju PRU16 adalah muda dan progresif, di mana lebih 50% berumur 39 tahun ke bawah.

Loading...

Golongan ini tidak terperangkap dalam jerat nostalgia dan tidak ta’asub mana-mana parti atau pemimpin.

Sebaliknya, mereka terdedah dengan pelbagai maklumat dan kebenaran, termasuk kebenaran yang saya sampaikan.

Mereka dapat melihat dengan jelas perpecahan kronik yang melanda persekitaran pembangkang, termasuk percakaran antara pemimpin PAS dan Bersatu sesama sendiri dan dengan satu sama lain.

Mereka melihat aksi pijak-memijak dan tikam menikam antara pemimpin-pemimpin ini gara-gara kemaruk kuasa dan kedudukan.

Mereka bukannya bodoh sehingga tidak sedar betapa tersasarnya perjuangan pembangkang, di mana serangan-serangan terhadap kerajaan kerap kali bersalut fitnah dan unsur perkauman lampau.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...