
“Kadang kala saya pun amat geli hati melihat sikap serta kerenah UMNO. Mereka ini ‘pot tin’ kosong dan ‘meriam buluh’ saja! Sekadar berani buat bising tapi tak berani bertindak!! “
Khairuddin Abu Hassan
Jangan sama sekali percaya dengan Muhyiddin Yassin, dia sememangnya ‘kaki penipu’ dan ‘kaki putar alam’.
Perdana Menteri hari ini hanya ‘rakus kuasa’ tiada sifat keikhlasan dalam dirinya.
Kalau dengan seorang tokoh negarawan yang mengasas serta banyak berjasa dengan PPBM pun Muhyiddin Yassin boleh buang parti demi mencapai cita-cita rakus politiknya; inikan pula UMNO.
Siapa UMNO pada Muhyiddin Yassin? UMNO hanya ‘kaldai tungangan’ Muhyiddin Yassin semata-mata.
Dalam hal ini memang Muhyiddin Yassin bijak dan pandai dalam percaturan politiknya. Apa Dato Nazir ingat Muhyiddin Yassin ada semangat kesetiakawanan serta setia pada UMNO?!
Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertungkus lumus serta cukup berjasa pada PPBM pun Muhyiddin Yassin boleh khianati.
Apakah UMNO ingat Muhyiddin Yassin akan terus setia pada mereka? Muhyiddin Yassin hanya menunggang UMNO saja untuk menjaminkan kuasanya terus kekal.
Ini saja agenda politik rakus Muhyiddin Yassin!
UMNO pula ‘meriam buluh’ saja, cakap berdentum-dentam sekadar buat bising tapi malangnya UMNO tidak berani bertindak terhadap Muhyiddin Yassin sehingga hari ini.
Secara jujur dan ikhlas, saya ingin sarankan agar UMNO menarik diri keluar dari PN sekiranya mereka berani.
Tunjuklah sedikit ketegasan prinsip mereka kepada keseluruhan rakyat.
Ketua pemuda UMNO bahagian titiwangsa ini harus desak UMNO bertindak secara tegas terhadap Muhyiddin Yassin. Jangan sama sekali percaya pada Muhyiddin Yassin ‘ kaki penipu’ nombor wahid.
Dalam isu ini saya lihat pandangan dato nazir ada rasionalnya. Saya pun bersetuju dengan pandangan anak muda ini.
Sekurang-kurangnya beliau berani melontarkan pandangan secara ikhlas dan terbuka.
Cuma jangan lagi beretorikal serta layan Muhyiddin Yassin, dia bukannya ada ‘hati perut’.
Cita-cita Muhyiddin Yassin amat besar dan terlalu rakus. Jadi, jangan buang masa lagi dengan manusia semacam Muhyiddin Yassin.
Kadang kala saya pun amat geli hati melihat sikap serta kerenah UMNO. Mereka ini ‘pot tin’ kosong dan ‘meriam buluh’ saja! Sekadar berani buat bising tapi tak berani bertindak!!
UMNO harus tunjuk sifat kejantanannya. Bertindaklah dan tarik diri keluar dari PN. Jangan terlalu tunduk pada Muhyiddin Yassin.
Dari hari mula penubuhan parti PPBM saya sudah ingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan percaya pada Muhyiddin Yassin. Dia tidak pernah ikhlas dengan sesiapapun termasuk tun dr mahathir mohamad itu sendiri.
Percayalah dan yakinlah kini UMNO sedang kendong ‘biawak hidup.’ Masanya sudah sampai untuk UMNO tidak lagi beretorikal tetapi harus bertindak keluar dari PN.
Pandangan Dato Nazir ini bernas. Ini satu saranan yang betul!
Sama-samalah kita tengok samada UMNO berani bertindak ataupun tidak. Jika UMNO tak berani juga bertindak untuk keluar dari PN maka saya juga ingin ingatkan kepada kalangan ‘pressure group’ dalam UMNO agar duduk diam-diam cukuplah.
Tak perlu buat bising lagi untuk penatkan ‘gusi’ tanpa sebarang tindakan.
Keseluruhan rakyat sedang melihat sikap ‘bacul’ UMNO yang hanya gila jawatan untuk berpaut pada kuasa semata-mata.
Apapun, rakyat jangan lagi percaya pada PN dan BN yang setiap hari berebut kuasa saja!! Mereka tidak bekerja untuk rakyat dan negara.
PN dan BN pada realitinya ‘dua kali lima saja’. Dapatlah kita ibaratkan mereka ini sebagai ‘meriam kabat’ yang bunyi saja bising tapi hakikatnya takut untuk tarik diri dari PN kerana tak mahu hilang kuasa.
Golongan ini tidak amanah. Yang penting untuk pemimpin-pemimpin PN ataupun BN hanyalah kepentingan material berteraskan pangkat, poket dan perut saja.
Sikit sebanyak saya ‘angkat topi’ juga pada ketua pemuda UMNO bahagian titiwangsa ini.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
