SAYA SETUJU DENGAN SHAHRIR SAMAD, MUHYIDDIN KALAH DARI SEGI MORAL DAN PERLU SEGERA LETAK JAWATAN

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

Perdana menteri mendapat tamparan hebat dari KDYMM Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu apabila beliau gagal untuk ‘kelentong’ institusi di raja mengenai pengisytiharaan darurat.

Kekalahan moral ini patut dituruti dengan Muhyiddin Yassin letak jawatan sebagai perdana menteri sekiranya beliau bermoral.

Ikut teladan dari Tun Dr Mahathir Mohamad letak jawatan secara berprinsip dan bermaruah.




Namun, masalahnya di sini seluruh rakyat tahu bahawa Muhyiddin Yassin manusia yang tidak bermoral!! Tidak senang untuk beliau buat keputusan untuk letak jawatan secara kadar segera.

Peristiwa pada mesyuarat tergempar Majlis Raja-Raja pada hari ahad benar-benar telah memberi satu tamparan hebat pada perdana menteri serta kerajaan ‘tebuk atapnya’.

Hakikatnya, Muhyiddin Yassin dan orang-orang di kelilingnya telah salah percaturan politik!! Mereka kurang cerdik serta terlalu gopoh untuk mempertahankan kedudukan dari tumbang.

Semua pihak harus akur dan menjunjung perintah KDYMM Agong agar keseluruhan ahli-ahli parti politik mesti bersatu hati untuk sama-sama kita tangani permasalahan pandemik covid-19 seterusnya menjamin kesejahteraan negara.

Satu hati kearah meluluskan Bajet 2021 juga amat penting demi untuk menjaminkan pentadbiran negara akan dapat berjalan secara licin bagi mengatasi situasi tidak menentu dalam pelbagai segi dewasa ini.

Kaedah terbaik ialah mencari satu formula untuk ujudkan ‘kerajaan perpaduan’ yang diterajui oleh tokoh negarawan berpengalaman yakni Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membina semula ‘Malaysia Baharu’.

Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah seorang pemimpin yang lemah dan kegagalan untuk mendapatkan perkenan dari KDYMM Agong bagi mengisytihar darurat merupakan satu ‘kekalahan moral’ yang amat memalukannya.

Loading...

Titik hitam ini bukan saja memalukan Muhyiddin Yassin dalam negeri tetapi amat memalukan di seluruh dunia.

Sudah sampai masanya untuk Muhyiddin Yassin letak jawatan secara kadar segera demi untuk selamatkan negara kita dari terus jatuh ke tahap yang membimbangkan.

Rakyat malaysia akan terus menyanjung serta memandang tinggi prinsip Muhyiddin Yassin sekiranya beliau berundur secara bermaruah.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...