SAYA SOKONG CADANGAN AZALINA OTHMAN TETAPI KENA KAJI MEKANISMA YANG TEPAT

Khairuddin Abu Hassan

ساي سوكوڠ چادڠن ازلينا عثمان تتاڤي كنا كاجي ميكانيسما يڠ تڤت

Saya amat menyokong penuh saranan YB Dato Seri Azalina Othman said kerana sudah sampai masanya ‘anti-hopping law’ diperkenalkan di negara kita.

Kita harus mengkaji mekanisma yang tepat dan betul untuk memperkenalkan ‘anti hoping law’ ini.




Undang-undang lompat parti ini amat penting untuk mengelakkan mandat rakyat melalui proses pilihanraya dikhianati oleh pemimpin-pemimpin politik yang mempunyai kepentingan peribadi.

Cuma kita kena kaji kedudukan yang tepat sekiranya seseorang wakil rakyat melompat parti atas dasar prinsip kebenaran.

Bagaimana pula kedudukannya??

Contohnya, sekiranya seseorang wakil rakyat yang mewakili sesuatu parti-parti politik itu melompat parti kerana tidak setuju dengan pendirian partinya yang salahguna kuasa atau ‘conform’ dengan amalan salah laku.

Seandainya sesebuah parti itu telah rosak dengan amalan rasuah atau apa saja bentuk salahlaku yang mendorongkan wakil rakyat untuk meninggalkan parti yang terlibat dengan salahguna kuasa; adakah wakil rakyat tersebut juga harus dihukum?

Seseorang wakil rakyat yang tidak bersetuju dengan pendirian partinya yang korup meninggalkan parti tersebut; bagaimana pula dengan kedudukan wakil rakyat tersebut?!

Beliau meninggalkan partinya atas prinsip kebenaran apakah beliau juga harus dihukum??

Loading...

Secara umumnya, saya amat bersetuju dengan pandangan bernas YB Dato Seri Azalina Othman said cuma kita harus cari satu mekanisma yang tepat untuk dikenakan tindakan di bawah ‘anti-hopping law.’

Sudah sampai masanya undang-undang tegas dikenakan keatas semua para pengkhianat yang melompat parti atas dasar kepentingan peribadi. Situasi ini amat adil serta tepat.

Perbuatan melompat parti atas ‘vested interest’ amat tidak bermoral, tidak beretika dan tidak berprinsip!!

WAJIB BACA:

Sudah berlaku campurtangan politik, Ismail Sabri, Zahid wajib bercuti jika RCI ditubuhkan



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...