Saya sokong Hamid Bador dilantik Senator, Menteri Dalam Negeri kerajaan baharu

Sekiranya cadangan Mahathir dipraktikkan awal-awal lagi, tidak akan terjadi segala kepincangan dan salah guna kuasa sepertimana yang didedahkan oleh Hamid yang menekankan unsur campur tangan politik oleh pemimpin-pemimpin kerajaan masakini dalam urusan PDRM. Sumber (gambar): TTF

“Saya menyokong padu gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai peneraju sebuah kerajaan baharu berjiwa rakyat dan berteraskan perpaduan dengan Hamid Bador sebagai Menteri Dalam Negeri menerusi lantikan ke Dewan Negara”

Raggie Jessy Rithaudeen

ساي سوكوڠ حميد بادور دلانتيق سناتور، منتري دالم نڬري كراجأن بهارو

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Saya dengan ini mengisytiharkan sokongan padu saya terhadap Tan Sri Abdul Hamid Bador, seorang penegak kebenaran yang amat saya hormati malah sanjungi atas keberanian beliau memperjuangkan nasib dan masa depan PDRM serta rakyat tanpa segan silu atau rasa takut kepada golongan pengamal rasuah dan diktator.

Tindakan beliau mendedahkan kepincangan dan salah guna kedudukan melibatkan menteri dan ahli-ahli politik merupakan satu tindakan yang berani dan terpuji yang harus direnungi segenap lapisan masyarakat, khususnya, pihak berkenaan dari blok kerajaan.




Sabtu lalu, saya menulis:

Hamid dengan tepat memperincikan punca sebenar keresahan, kemarahan dan rasa muak rakyat sejak kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional terbentuk.

Sikap negatif ini bukannya muncul begitu sahaja, tetapi merupakan kesan langsung kegagalan tadbir urus kerajaan dan kerenah pemimpin politik blok kerajaan yang mengamalkan politik darjat, kuasa dan kedudukan.

Tatkala rakyat biasa diminta duduk di diam di rumah dan kurang berpolitik, pemimpin-pemimpin ini bercakaran tak tentu hala dan menyogok jawatan bagi mendapatkan sokongan tambahan agar persepsi ditumbulkan kononnya kerajaan masih kukuh.

Malangnya, rakyat juga dipersalahkan kerana memandang serong terhadap kerajaan dan disenyapkan dengan pelbagai taktik kotor, termasuk menakut-nakutkan dan diugut dengan pelbagai cara.

Rakyat Malaysia dapat menyaksikan segala gelagat yang diperincikan oleh Hamid dengan jelas, dan perkara ini dapat dinilai sendiri oleh sesiapa sahaja dengan meminta pendapat orang awam di kedai makan, gedung membeli belah dan sebagainya.

Antara yang hangat diperkatakan ialah kewujudan politik dua darjat, yang menyaksikan ramai pemimpin serta ahli parlimen blok kerajaan yang melangar SOP Covid-19 tidak dihukum atau lambat diambil tindakan tatkala rakyat biasa terus disaman malah dipenjarakan atas kesalahan melanggar SOP.

Loading...

Tindakan rakus kuasa kepemimpinan pentadbiran yang bercakaran dalam usaha merampas kerajaan-kerajaan negeri tatkala PKP 1.0 berlangsung turut disaksikan oleh segenap lapisan masyarakat.

Saya turut isytiharkan sokongan padu saya terhadap gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai peneraju sebuah kerajaan baharu berjiwa rakyat dan berteraskan perpaduan dengan Hamid Bador sebagai Menteri Dalam Negeri menerusi lantikan ke Dewan Negara.

Matlamat Mahathir hanyalah untuk memperkukuhkan lagi kemuliaan dan martabat Islam sebagai agama persekutuan menerusi pembentukkan sebuah kerajaan perpaduan yang bertunjangkan kepimpinan Islam tetapi turut diwakili oleh pemimpin bukan Islam yang berkaliber dalam kadar yang berpatutan dan dipersetujui semua.

Sekiranya cadangan Mahathir dipraktikkan awal-awal lagi, tidak akan terjadi segala kepincangan dan salah guna kuasa sepertimana yang didedahkan oleh Hamid Bador.

Ini kerana konsep kerajaan perpaduan berpandukan sepenuhnya kepada peruntukan perlembagaan persekutuan yang buta parti dalam isu perlantikan ahli-ahli Jemaah Menteri.

Maka tidaklah terjadi situasi masakini di mana rakyat ditimpa pelbagai kesusahan dan sentiasa resah, keliru, marah dan tidak tenteram disebabkan gelagat pemimpin-pemimpin politik blok kerajaan yang teralu kemaruk kuasa dan mengamalkan politik darjat, kuasa dan kedudukan terang-terang di depan mata.

WAJIB BACA:

Tan Sri Abdul Hamid Bador, ‘the legend’, wira kebangsaan – saya tabik hormat



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...