ءساي سوده ڤوليهء – محضيرر
“Saya ingin memaklumkan bahawa saya sudah pulih…tak sepenuhnya,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit dan 15 saat, bekas Perdana Menteri itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan pemulihan beliau.
Sementara itu, Pejabat Tun Dr Mahathir dalam kenyataannya berkata bekas Perdana Menteri itu masih menjalani proses rawatan pemulihan di Institut Jantung Negara (IJN), di sini.
“Sejak Rabu, 2 Februari 2022, Yang Amat Berbahagia (YABhg) Tun sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah dan kemudian kembali semula ke IJN untuk jalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.”
Kuala Lumpur: “Saya ingin memaklumkan bahawa saya sudah pulih…tak sepenuhnya,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit dan 15 saat, bekas Perdana Menteri itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan pemulihan beliau.
Dr Mahathir berkata, sejak beberapa hari lalu beliau berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudah doa untuk pemulihan saya.
BACA: TAWARAN KERJASAMA PH SATU ERANGKAP
“Ramai yang hantar bunga, kad dan sebagainya. Untuk itu saya ucap terima kasih. Harapan saya ialah dalam jangka masa tak lama saya akan pulih sepenuhnya. Terima kasih kepada semua,” katanya dalam nada suara masih lemah.
Sementara itu, Pejabat Tun Dr Mahathir dalam kenyataannya berkata bekas Perdana Menteri itu masih menjalani proses rawatan pemulihan di Institut Jantung Negara (IJN), di sini.
“Sejak Rabu, 2 Februari 2022, Yang Amat Berbahagia (YABhg) Tun sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah dan kemudian kembali semula ke IJN untuk jalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.
“YABhg Tun dan YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut menyampaikan ucapan terima kasih atas doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan kad ucapan dari orang ramai.
“YABhg Tun akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini masih dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan pelawat,” katanya.
Pada 22 Januari lalu, Pejabat Tun Dr Mahathir mengesahkan beliau dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN.
Terdahulu, pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif sebelum dibenar keluar enam hari kemudian.
Pada 16 Disember tahun lalu, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.
Sumber:
WAJIB BACA:
KLUSTER MAHKAMAH BINCANG KEMUNGKINAN PRU15 SERENTAK PRN JOHOR, NAMUN ADA KRISIS
