
“Saya mengesyorkan agar Datuk Seri Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Malaysia ke-9 melantik Zuraida sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afghanistan bertaraf menteri bagi membantu merealisasikan impian beliau untuk membantu rakyat Afghanistan”
Raggie Jessy Rithaudeen
ساي شور ذورايدا دلانتيق ‘ڤسوروحجاي تيڠڬي مليسيا ك أفغانستان’ برتارف منتري
Sertai saluran Telegram TTF di sini
Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berhubung situasi di Afghanistan susulan kejayaan Taliban menakluki Afghanistan.
Menurut Zuraida pemerintahan Taliban terdahulu di Afghanistan sebelum disingkirkan oleh Amerika Syarikat “ekstrem dan jumud.”
Beliau menggesa tekanan antarabangsa agar dasar sedemikian tidak kembali diguna pakai Taliban – terutama ke atas wanita dan kanak-kanak.
“Walaupun kita tidak bersetuju dengan langkah imperialis yang telah dilaksanakan oleh AS, kita juga khuatir akan masa depan Afghanistan, terutamanya bagi golongan wanita yang sebelum ini telah ditindas oleh Taliban.
“Setiap negara perlu ditadbir oleh rakyatnya sendiri dan kuasa asing tidak perlu campur tangan dalam pemerintahan sesebuah negara. Namun begitu, apabila pentadbir sesuatu negara itu memegang ideologi terlalu ekstrem, masyarakat dunia perlu bertanggungjawab dalam memastikan nasib dan hak golongan wanita dan kanak-kanak perempuan di sesebuah negara itu terus terbela.
Zuraida kemudian menegaskan bahawa beliau berminat untuk ke Afghanistan sekali lagi jika diberi peluang untuk membantu untuk membimbing pemerintah dan rakyat Afghanistan dari segi aspek pembangunan dan pemberdayaan wanita.
Justeru, saya mengesyorkan agar Datuk Seri Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Malaysia ke-9 melantik Zuraida sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afghanistan bertaraf menteri bagi membantu merealisasikan impian beliau untuk membantu rakyat Afghanistan.
