Saya tabik Tengku Razaleigh Hamzah, semua ahli parlimen Barisan Nasional, Perikatan Nasional harus contohi

Bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

ساي تابيق تڠكو غزالياغ حمزه، سموا اهلي ڤرليمين بن، ڤن هاروس چونتوهي

YBM Tengku Razaleigh Hamzah selaku ahli parlimen paling lama berada dalam Dewan Rakyat telah mempamerkan satu prinsip yang cukup mengagumkan keseluruhan rakyat Malaysia.

Cara YBM Tengku Razaleigh Hamzah selaku Penasihat parti UMNO telah menyanggah sikap ‘loyar buruk’ speaker parlimen secara cukup ‘stail’.

Inilah kualiti tokoh negarawan yang mempunyai prinsip kental sepertimana juga dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.




Sukar untuk mana-mana pihak hendak bersikap ‘loyar buruk’ dengan kedua tokoh negarawan ini!! Ilmu politik mereka terlalu tinggi.

Sebab itulah banyak pendapat dari keseluruhan rakyat Malaysia menyatakan kedua tokoh negarawan ini harus bergabung untuk ambil-alih kepimpinan negara seterusnya membina semula ‘Malaysia Baharu’.

Kedua-dua tokoh negarawan ini tidak mempunyai sebarang bentuk agenda kepentingan diri selain dari berusaha kearah membangunkan semula negara bagi menjaminkan kesejahteraan masa depan 32 juta rakyat Malaysia.

Inilah prinsip yang harus dipamerkan oleh ahli-ahli parlimen UMNO, BN serta kerajaan ‘tebuk atap’ yang lain.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain bagaikan ‘pot tin’ kosong saja!! Bunyi bukan main bising tapi hakikatnya ‘habuk pun tarak’.

Pemimpin-pemimpin UMNO jangan cakap banyak lagi!! Rakyat ingin lihat mereka sekalian berprinsip berani seperti YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Sikap YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak banyak bercakap. Tokoh negarawan ini hanya mempamerkan sikap ‘politik matang’ kepada semua pihak.

Loading...

Selaku Penasihat kepada Lembaga Penasihat parti UMNO yang berani serta tegas mengambil pendirian yang amat kagum ini maka ahli-ahli parlimen UMNO yang lain harus mengikuti jejak langkah penasihat parti mereka itu.

Sifat terpuji YBM Tengku Razaleigh Hamzah mesti dijadikan teladan kepada kesemua wakil-wakil rakyat kita barulah lanskap politik negara bertambah matang dan menjaminkan kestabilan senario politik tanahair yang tercinta ini.

Insya-Allah, pada hari khamis ini pengundian Belanjawan 2021 kerajaan ‘tebuk atap’ PN akan tewas. Ameen.

Belanjawan 2021 bukan Belanjawan rakyat tetapi ianya adalah Belanjawan untuk menghadapi pru15 demi kepentingan bagi mengekalkan kuasa kerajaan ‘tebuk atap’ PN semata-mata.

Ahli-ahli parlimen mesti memikul tanggungjawab secara amanah untuk menolak Belanjawan 2021 yang paling teruk dalam sejarah kepimpinan negara kita.

Menolak Belanjawan 2021 yang teruk itu bukan satu pengkhianatan tetapi siapa yang menyokong Belanjawan yang tidak berpaksikan kepada kepentingan rakyat serta negara adalah pengkhianat yang hakiki.

Dalam amalan sistem demokrasi juga percambahan pendapat dan pendirian satu perkara yang amat lazim.

Tiada siapa boleh memaksa mana-mana pihak untuk menyokong atau menentang Belanjawan 2021 dalam sistem berparlimen secara demokrasi.

Dalam isu ini; saya tabik YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang mempamerkan prinsip terpuji kepada keseluruhan rakyat Malaysia!!

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...