‘Saya tak tahu nak kata apa kepada Muhyiddin’ – Mahathir

Tedapat laporan mengatakan Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dalam usaha untuk mengadakan kerjasama parti-parti pembangkang bagi melawan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti. Sumber (gambar): Fail TTF

ءساي تق تاهو نق كات اڤ كڤد محي الدينء – محضير

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta sokongannya untuk kembali menjadi perdana menteri.

Bercakap dalam satu sidang media, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu mengapa Muhyiddin meminta sokongan dari pihak yang pernah dikhianati sebelum ini.

“Saya tak tahu nak kata apa kepada Muhyiddin.

“Saya tak jadi perdana menteri sebab Muhyiddin. Dia tikam belakang saya. Sekarang orang yang dia tikam belakang itu tak mati lagi,” katanya.


KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta sokongannya untuk kembali menjadi perdana menteri.

Bercakap dalam satu sidang media, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu mengapa Muhyiddin meminta sokongan dari pihak yang pernah dikhianati sebelum ini.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Beliau diminta mengesahkan laporan bahawa Muhyiddin ada bertemunya baru-baru ini bagi membincangkan kerjasama parti pembangkang.

“Dia (Muhyiddin) minta saya sokong dia dalam usaha untuk jadi perdana menteri sekali lagi,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

TONTON: SAKSI DEDAH NAJIB MINTA UBAH LAPORAN

Dr Mahathir turut ditanya bagaimana Pejuang dapat membantu Muhyiddin memandangkan parti itu tidak memegang banyak kerusi Parlimen.

“Saya tak tahu tapi dia minta saya sokong. Kami (Pejuang) tak kuat, kami tiada wang, tapi dia minta kami sokongnya,” katanya lagi.

Dr Mahathir membayangkan beliau tidak bersetuju dengan hasrat Muhyiddin itu namun menjelaskan Pejuang belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

“Saya tak tahu nak kata apa kepada Muhyiddin.

“Saya tak jadi perdana menteri sebab Muhyiddin. Dia tikam belakang saya. Sekarang orang yang dia tikam belakang itu tak mati lagi,” katanya.

Loading...

Tedapat laporan mengatakan Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dalam usaha untuk mengadakan kerjasama parti-parti pembangkang bagi melawan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Sumber:

WAJIB TONTON:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...