Saya terkejut bila PH mengaku GST bukan sebab harga barang naik

Najib Razak

Terkejut saya pagi ini apabila membaca kenyataan Menteri Pakatan Harapan yang mengakui GST bukan sebab utama harga barang naik biarpun itulah modal dan tohmahan digunakan terhadap kerajaan sebelum pilihanraya.

Pada masa itu, PH tidak menerima jawapan kita malah mempersendakannya. Kini, Pakatan Harapan terpaksa menelan hakikat disebalik tuduhan mereka sendiri.

Oleh kerana harga barang tidak turun selepas GST disifarkan, saya bimbang apabila cukai SST diperkenalkan dan diperluaskan pada September nanti, harga barang akan naik lebih tinggi berbanding sebelum GST disifarkan.

Inilah bahaya apabila sistem cukai diubah sesuka hati dan BN pernah memberi amaran sebelum PRU14 mengenai ini.

Ini sudah tentu memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat dan ini bertentangan dengan janji Pakatan Harapan yang memberi setinggi harapan untuk menurunkan kos sara hidup rakyat dalam manifesto mereka.

Saya harap kerajaan PH akan buat sesuatu untuk memastikan kebimbangan ini tidak menjadi kenyataan.

Comments

Comments

Comments

Comments



Loading...