
ءساي تيدق اكن كرجاسام دڠن انورء
“Mahathir tidak perlu Anwar Ibrahim. We need to draw the line.”
Demikian menurut seorang sumber dalam dari kem Mahathir, yang menegsahkan laporan media berhubung temuduga bekas perdana menteri itu bersama akhbar aliran Cina Sin Chew Daily.
Sementara itu, media arus perdana memetik Mahathir sebagai memberitahu Sin Chew beliau tidak akan bekerjasama dengan Anwar.
“Saya tidak akan bekerjasama dengannya sebab dia tidak ingin bekerjasama dengan saya. Saya perlu cari jalan lain untuk menjadi perdana menteri, mungkin ad acara lain,” katanya.
PETALING JAYA: “Mahathir tidak perlu Anwar Ibrahim. We need to draw the line.”
Demikian menurut seorang sumber dalam dari kem Mahathir, yang menegsahkan laporan media berhubung temuduga bekas perdana menteri itu bersama akhbar aliran Cina Sin Chew Daily.
Menurut sumber berkenaan, Mahathir sudah melihat apa yang dia perlu lihat dan memberikan masa yang secukupnya untuk PKR, DAP dan AMANAH pertimbangkan kerjasama ke arah pembentukkan sebuah pentadbiran baharu.
“Walaupun ada alternatif lain, Mahathir tetap beri peluang kepada Anwar. Tapi banyak kerenah dia.”
Sementara itu, media arus perdana memetik Mahathir sebagai memberitahu Sin Chew beliau tidak akan bekerjasama dengan Anwar.
“Saya tidak akan bekerjasama dengannya sebab dia tidak ingin bekerjasama dengan saya. Saya perlu cari jalan lain untuk menjadi perdana menteri, mungkin ad acara lain,” katanya.
Sin Cew turut melaporkan Mahathir memberi petunjuk akan keluar dari PH Plus, sebuah gabungan baharu melibatkan parti-parti komponen Pakatan Harapan dan kem Mahathir yang meliputi ahli-ahli parlimen dari WARISAN, PPBM (blok kerajaan dan blok Mahathir), PKR (blok anti-Anwar), kem Datuk Seri Azmin Ali, Team B (UMNO) dan Sarawak.
Sebelum ini, TTF melaporkan Mahathir sekadar memberi Anwar peluang bagi meilai reaksi presiden PKR itu samada boleh bekerjasama dengannya atau masih menimbulkan ‘kekacauan’ seperti dulu.
TTF difahamkan Mahathir tidak teragak-agak membentuk blok kuasa ketiga tanpa Pakatan Harapan sekiranya DAP dan AMANAH mengambil keputusan untuk kekal bersama Anwar.
Seandainya perkara ini berlaku, ada pihak dari Perikatan Nasional dikatakan akan cuba cetuskan pembubaran parlimen dalam masa terdekat.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
