Saya tidak pentingkan wang, kuasa dan kedudukan

“Saya menentang keras budaya WKK (Wang, Kuasa dan Kedudukan) yang dijiwai kelompok-kelompok politik Melayu-Islam yang sedia ada.

“Sudah jelas lagi bersuluh, bahawa barisan kepimpinan Islam kelompok-kelompok politik yang sedia ada lebih mementingkan kuasa dan kedudukan masing-masing di “takhta politik tanahair” dari melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah, demi memelihara dan menyatukan umat-Nya kearah perlaksanaan syariah Islam.

“Alangkah ajaibnya, bahawa sungguhpun barisan-barisan kepimpinan Melayu-Islam ini telah selama bertahun-tahun melaung-laungkan perlunya umat Islam bersatu, namun mereka sendiri tidak pernah bermuzakarah kearah penyatuan dengan seikhlas-ikhlas yang mungkin sambil mengenepikan kepentingan kuasa, wang dan kedudukan.

“Saban tahun saya perhatikan, bahawa setiap kali adanya ura-ura akan berlaku satu pertemuan di antara pemimpin-pemimpin Melayu-Islam kearah penyatuan kelompok-kelompok politik berteraskan Islam, sudah pasti isu kuasa dan kedudukan dimainkan pihak-pihak berkepentingan sehinggakan tidak pernah tercapainya kata sepakat di antara kuasa-kuasa politik Melayu-Islam di tanahair tercinta ini.

“Ya, tidak syak lagi bahawa budaya WKK yang dijiwai kelompok-kelompok politik Melayu-Islam inlah yang menjadi sebab utama mengapa umat Allah di negara ini gagal disatukan selama 61 tahun kita merdeka.

“Saya akan menentang budaya ini habis-habisan, biar saya sendiri terpaksa memberi ruang kepada golongan yang lebih arif untuk menerajui satu-satu perjuangan.

“Sesungguhnya, kita umat Islam tidak harus taksub dengan Wang, Kuasa dan Kedudukan kerana ketaksuban inilah yang akan menjurus kepada runtuhnya satu peradaban Islam yang terunggul di Tanahair yang tercinta ini”

RJ Rithaudeen

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...