Saya yakin ada tangan-tangan ghaib yang mengarahkan PDRM mengenakan saya

Dato’ Seri Jamal Yunos

Setelah beberapa org peserta Baju Merah didakwa semula dimahkamah dan dikenakan jaminan, saya mula merasakan serta berkeyakinan bahawa ada usaha terancang oleh pihak2 tertentu yang berkuasa mengarahkan PDRM untuk mengenakan saya dalam apa jua keadaan walaupun pihak PDRM memberi jaminan bahawa saya cuma diperlukan untuk melengkapkan dokumentasi jaminan polis.

Saya bukan menolak perlaksanaan undang2 terhdp saya tetapi apabila nama saya disenarai hitam oleh Imegresen dan diletakan dalam pemerhatian polis sebagai org yang merbahaya sehingga mengikut maklumat saya akan ditahan dibawah akta yang tidak memungkinkan saya akan dilepas dgn jaminan.

Cara undang2 melayan saya seolah2 saya bukan seorg warganegara yang dijamin hak serta kepentingan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Rumah saya diserbu,keluarga saya diburu ketakutan dan cara polis memburu saya seolah2 mereka ditekan oleh penguasa yang sedang berkuasa sekarang ini dan saya dilihat seolah2 melakukan jenayah berat serta pengkhianatan pada negara yang saya cintai ini.

Saya ingin dijadikan mangsa terbaru oleh sang pendendam seperti mana2 pemimpin lain walaupun saya menerima dgn hati terbuka serta berlapang dada kerajaan yg memerintah hari ini.

Kita berckp tentang Rule Of Law tapi dalam kes yang membabitkan saya ini, ada tangan2 ghaib yang mencanai sehingga saya ditangkap untuk satu lagi tinfakan yang lebih keras.

Saya akan tampil di balai polis utk menyempurnakan dokumentasi jaminan saya namun saya berharap pihak polis memberikan sedikit masa kpd saya.

Comments

Comments

Comments

Comments