‘Saya yang ‘dibabikan’ dulu’

Semalam, persidangan DUN Melaka menjadi kecoh dan huru-hara apabila Norhizam bertekak dengan Low Chee Leong (DAP-Kota Laksamana) dan berulang kali dilihat melemparkan perkataan ‘babi’ ke arah Low. Sumber (gambar): Berta Harian

ءساي يڠ ءدبابيكنء دولوء

Norhizam Hassan Bakte mendakwa beliau ‘dibabikan’ terlebih dahulu menyebabkan beliau melontarkan makian “babi” dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu itu dilaporkan berkata, beliau turut telah dimaki hamun dengan perkataan pengkhianat dan kerajaan pintu belakang terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, Norhizam tidak menjelaskan sekiranya dakwaan beliau telah ‘dibabikan’ terlebih dahulu itu merujuk kepada insiden ketika dewan bersidang ataupun sesuatu yang berlaku di luar dewan.

November lulu, persidangan DUN Melaka turut kecoh dengan isu babi hutan menyebabkan sesi terpaksa ditangguhkan sebelum rehat.


PETALING JAYA: Norhizam Hassan Bakte mendakwa beliau ‘dibabikan’ terlebih dahulu menyebabkan beliau melontarkan makian “babi” dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu itu dilaporkan berkata, beliau turut telah dimaki hamun dengan perkataan pengkhianat dan kerajaan pintu belakang terlebih dahulu.




“Kerana saya telah dibabikan dulu. Kita dilahirkan untuk jadi manusia, bukan untuk dibabikan.

“Apabila saya sebagai wakil rakyat telah dibabikan, itulah kata paling bagus untuk saya lemparkan pada YB pembangkang pada ketika itu,” katanya dalam sebuah rakaman video sepertimana dilaporkan sebuah portal berita,

Walaubagaimanapun, Norhizam tidak menjelaskan sekiranya dakwaan beliau telah ‘dibabikan’ terlebih dahulu itu merujuk kepada insiden ketika dewan bersidang ataupun sesuatu yang berlaku di luar dewan.

Semalam, persidangan DUN Melaka menjadi kecoh dan huru-hara apabila Norhizam bertekak dengan Low Chee Leong (DAP-Kota Laksamana) dan berulang kali dilihat dilihat melemparkan perkataan ‘babi’ ke arah Low.

Tetapi menurut Norhizam, beliau pada mulanya hanya berdiam diri tetapi berubah selepas diprovokasi.

“Ini yang buat saya marah. Bila saya marah, saya kata dengan YB pmebangkang tersebut, siapa yang babi? Siapa makan babi?

“Kalau kita ini muka pun dah mcm babi, janganlah perangai macam babi,” katanya.

Loading...

November lulu, persidangan DUN Melaka turut kecoh dengan isu babi hutan menyebabkan sesi terpaksa ditangguhkan sebelum rehat.

Ia bermula sebelum Norhizam menjawab soalan tambahan Datuk Gue Teck (PH-Klebang) yang bertanya bila operasi menembak babi hutan selesai, sekali gus menyebabkan beberapa ADUN Barisan Nasional (BN) mencelah dan mendakwa soalan tambahan berkenaan tiada kaitan dengan soalan asal.

Keadaan semakin panas apabila Idris yang juga Ketua Pembangkang DUN Melaka, mendesak kerajaan negeri lebih sensitif berhubung itu berkenaan sambil mendakwa kenyataan Norhizam sebelum ini, membangkitkan kemarahan Indonesia.

Norhizam bagaimanapun tetap mempertahankan dakwaan wujud migrasi haiwan liar itu ke Melaka dan mendedahkan sebanyak 479 babi hutan berjaya ditembak dalam operasi yang dijalankan secara berkala, sejak Januari hingga Oktober lalu.

Susulan isu berkenaan, Ketua Menteri, Adly Zahari meminta semua ADUN Melaka berhujah dan berbahas menggunakan fakta bagi mengelakkan tanggapan buruk terhadap kerajaan negeri.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...