Sayap pemuda PKR tolak pencalonan Shafie Apdal

Pencalonan Shafie Apdal dikatakan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang dijangka akan berlaku tahun ini. Sumber (gambar): Fail TTF

سايڤ ڤمودا ڤقر تولق ڤنچلونن شافعي اڤدل

Sayap pemuda PKR hari ini menolak penamaan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri sambil bertegas akan tetap menyokong pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan itu.

Menurut laporan, setiausaha Pemuda PKR, Ahmad Syukri Ab Razak berkata PKR tetap dengan pendiriannya walaupun tidak boleh menghalang parti sekutunya, iaitu Amanah dan DAP daripada menyokong cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Petang semalam, DAP Sabah mengisytiharkan sokongannya terhadap konsep “Perdana Menteri Malaysia Timur” dan menzahirkan sokongan padu terhadap penamaan Shafie sebagai calon Perdana Menteri ke-9.

Dalam satu kenyataan, komponen DAP Malaysia Timur itu berkata GPS turut harus sokong Shafie kerana Perdana Menteri dari Malaysia Timur akan memastikan Sabah dan Sarawak tidak lagi dipinggirkan sebagai rakan kongsi dalam persekutuan.


PETALING JAYA: Sayap pemuda PKR hari ini menolak penamaan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri sambil bertegas akan tetap menyokong pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan itu.

Menurut laporan (FMT), setiausaha Pemuda PKR, Ahmad Syukri Ab Razak berkata PKR tetap dengan pendiriannya walaupun tidak boleh menghalang parti sekutunya, iaitu Amanah dan DAP daripada menyokong cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad.




“Pemuda PKR masih berpegang dengan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sebelum ini, iaitu pilihan kita hanya Anwar sebagai perdana menteri.

“Kita tak boleh halang Amanah dan DAP untuk buat percaturan mereka. Namun kita mengharapkan DAP dan Amanah akan mengutamakan keputusan dan pendirian di peringkat Pakatan Harapan,” Ahmad dilaporkan sebagai berkata.

Semalam, bekas Mahathir mengumumkan pencalonan Shafie yang dikatakan dipersetujui oleh kedua-dua DAP dan AMANAH dalam sebuah mesyuarat tidak rasmi pada 25hb Jun 2020.

Menurut Mahathir, mesyuarat tersebut turut menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, masing-masing sebagai Timbalan Perdana Menteri I dan II.

Pencalonan ini dikatakan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang dijangka akan berlaku tahun ini.

Pada sebelah petang pula, DAP Sabah mengisytiharkan sokongannya terhadap konsep “Perdana Menteri Malaysia Timur” dan menzahirkan sokongan padu terhadap penamaan Shafie sebagai calon Perdana Menteri ke-9.

Dalam satu kenyataan, komponen DAP Malaysia Timur itu berkata GPS turut harus sokong Shafie kerana Perdana Menteri dari Malaysia Timur akan memastikan Sabah dan Sarawak tidak lagi dipinggirkan sebagai rakan kongsi dalam persekutuan.

Loading...

“Bersama Shafie Apdal sebagai perdana menteri, kami dapat mencapai dua tujuan dengan satu tindakan – Malaysia Timur dapat menerajui dasar persekutuan dan pada masa yang sama mengembalikan hak negeri Sabah dan Sarawak,” katanya

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...