Mior Nor Haidir Suhaimi (PEJUANG Perak)
Coloseum di Rome, Itali dibina untuk melalaikan rakyat dengan menyediakan hiburan dimasa rakyat dalam kesusahan.
Menteri Besar Perak sudah ditumbangkan, jawatan yang tidak perlu dipertahankan si empunya badan kerana akhirnya rezeki lebih besar datang bergolek.
Semua ini adalah plot berterusan demi memastikan jawatan PM8 dapat dikekalkan Abah.
Selepas Menteri Besar Perak diserahkan, sudah pasti Timbalan Presiden akan diangkat ke dalam Kabinet demi memperlihatkan BERSATU adalah parti peneraju kerajaan.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, sandiwara ini belum tamat.
Memegang kuasa diperingkat negeri tidak menentukan jawatan Perdana Menteri, ada atau tidak, ia bukan penting.
Demi kelangsungan penjawatan, akhirnya jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diisi.
Persoalannya, siapakah diantara Menteri-Menteri Kanan yang perlu diberi laluan ke persada Timbalan Perdana Menteri, dan dimana Ahmad Faizal akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan?
Sudah pastinya demi kuasa dikekalkan, jawatan Timbalan Perdana Menteri perlu diserahkan kepada UMNO.
Lupakan sandiwara PAS yang menentang di Perak, kerana untuk jadi Menteri Besar Perak, cukup dengan UMNO (25) + Bersatu (4) + Bebas (3).
UMNO pasti akan mendapat jawatan Menteri Besar Perak menggantikan Ahmad Faizal.
Pelengkap sandiwara bukannya apa yang jadi di Perak, tetapi apa yang bakal berlaku pada 15.12.2020.
Kita tunggu dan saksikan sandiwara Scheme of Things ini.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
