Sebab rumah untuk rakyat, Ku Nan didakwa! 

Dato’ Razlan Rafii

Pada 2009, statistik Perumahan menunjukkan DBKL meluluskan 93% DO untuk perumahan diatas harga 500k. Dan pada ketika itu, harga rumah-rumah di sekitar Kuala Lumpur mengalami kenaikan 20%-40%.

Sebaik sahaja saya menjadi Ketua Pemuda Negeri, kami telah memberi cadangan kepada Tengku Adnan Tengku Mansor untuk memikirkan bagaimana untuk Pihak Kerajaan dapat membantu anak muda bandar untuk memikiki rumah.

Dalam masa yang sama, Kerajaan BN telah memberi jaminan Menifesto bagi melaksanakan 500,000 unit rumah mampu milik.

Kementerian Wilayah pula telah mensasarkan 50,000 rumah di Kuala Lumpur, 20,000 di Putrajaya dan 10,000 di Labuan.

Bagi mencapai objektif ini, ianya amat sukar dilakukan sekira menggunakan cara yang sama dilakukan oleh tatacara perolehan Kerajaan sebelum ini, perlu mencari formula bagaimana untuk mempercepatkan Proses kelulusan dan penjualan tanah.

Sebelum-sebelum ini, kalau nak minta perubahan Plot ration pun boleh mengambil masa bertahun, ini kan pula proses penjualan tanah, proses design dan pelbagai proses yang perlu di selaraskan sebelum sesuatu projek perumahan itu di beri DO.

Proses ini semua melibatkan Kos, setiap tanah yang dijual, perlu mendapat kelulusan yang cepat untuk dibina, semuanya menggunakan fasiliti bank, dan bank menggenakan interest setiap hari.

Maksudnya, apabila sampai masa tanah itu dijual, kerja-kerja pembinaan sehingga siap  tidak boleh dilewatkan kerana ianya melibatkan kos yang tinggi.

Formula inilah birokrasi kerajaan yang sering kali terlepas pandang.

Untuk membina sesebuah rumah yang herga di bawah 200k dengan keluasa 800kp bukan lah satu perkara yang mudah dan sekira tidak betul-betul dijaga, projek itu boleh gulung tikar.

Apa yang saya cuba nyatakan disini adalah, Pemimpin seperti Tengku Adnan mempunyai tanggungjawab untuk mencari formula untuk menjual tanah dan menpercepatkan peosedur pembinaan agar rakyat dapat membeli rumah dengan harga di bawah 200k.

Didalam Akhbar, DAP terus-menerus menceritakan lot-lot tanah yang dijual dan dikhabarkan melibatkan lebih 50 Billion. Mereka mengambarkan bahawa Tengku Adnan melakukan kesalahan dengan menjual tanah kepada Developer.

Hari ini, nah, daripada berbillion duit melibatkan tanah itu, Pendakwa raya menuduh Tengku Adnan hanya mengambil rahsuah sebanyak 3juta, tidak sampai 1 % dari hasil yang kutipan untuk DBKL.

Saya percaya, ramai yang boleh menduga apakah rasional Tengku Adnan nak mengambil duit 3 Juta ini dan meletakan risiko beliau dikenakan tindakan undang-undang.

Merah mata DAP apabila melihat kejayaan Kerajaan BN dapat menyediakan rumah kepada Rakyat Wilayah Persekutuan dengan harga bawah 200k.

Ini telah menaikan kamarahan kepada banyak syarikat-syarikat besar seperti YTL, MAH SING, HUP Seng, WCT dan banyak lagi syarikat perumahan yang selama ini telah mencekik darah rakyat Malaysia dengan menjual rumah yang terlalu mahal dan mendapat keuntungan berlipat kali ganda.

Rakyat kena tahu bahawasanya, kerajaan perlu mencampuri urusan Perumahan ini untuk membolehkan rakyat M40 dan B40 memiliki rumah, ramai yang perli BN apabila rumah mampu milik berharga 300k – 400k pada awal 2013, namun Kerajaan terus mendengar suara rakyat dan selepas 2016 tidak ada lagi rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan di atas 300k. Kami dengar dan kami laksanakan demi rakyat.

Konspirasi hari ini bukan sahaja melibatkan parti DAP yang mahu mencalar arang kepada pemimpin BN di Wilayah Persekutuan, ianya juga melibatkan pemaju-pemaju besar yang sudah sekian lama terhimpit dengan formula Cross-subsidi yang rakyat nikmati selama ini, bukan itu sahaja, Persatuan REDHA juga tidak selesa dengan harga rumah di bawah 200k.

Sekarang sudah masa DAP membayar balik hutang-hutang politik mereka kepada pemaju-pemaju yang sekian lama telah menaja DAP, sudah sampai masa mereka untuk mengaut keuntungan seperti sebelum tahun 2013, sekiranya Kementerian Wilayah masih tunduk kepada permintaan Pemaju-pemaju inj, nescaya rakyat akan terus ketingalan memiki rumah dan yang terus mencipta keuntungan hanyalah mereka yang menjadikan Hartanah sebagai perniagaan mereka.

Saya percaya, apa yang tengku adnan hadapi ini hanyalah tuduhan Politik yang mahu memburukan nama beliau dan BN.

Sama-samalah kita berdoa agar kebenaran akan tercipta supaya tidak ada pihak yang teraniaya dengan tuduhan ini.

Wallahualam.

Comments

Comments


Loading...