
Raggie Jessy Rithaudeen
SAYA salahkan kedua-dua pentadbiran Muhyiddin dan Ismail Sabri berhubung kontroversi pembelian saham membabitkan Azam Baki (Rujuk link video di hujung bawah, atau KLIK SINI).
Ini kerana, Azam Baki dilantik di bawah pentadbiran Muhyiddin, manakala kontroversi Azam Baki meletup ketika Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.
Di bawah pentadbiran Muhyiddin, siasatan menerusi proses ‘veting’ yang dilakukan sebelum pencalonan Azam Baki nampaknya gagal mengesan kontroversi saham yang berlaku di sekitar 2015-2016, dan Perdana Menteri bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara ini.
Manakala itu, di bawah pentadbiran Ismail Sabri, tidak ada langkah-langkah diambil untuk memastikan siasatan yang dijalankan adalah telus, termasuk meminta Azam Baki bercuti atau menubuhkan pasukan siasatan khas yang bebas daripada pengaruh SPRM.
Jadi, secara am, kedua-dua pentadbiran “gagal melakukan siasatan” yang telus atau pada tahap yang sewajarnya, dan kedua-dua pentadbiran ini pada dasarnya adalah sama, iaitu pentadbiran PN-BN, membabitkan MP-MP yang sama dan barisan jemaah menteri yang hampir sama.
Inilah antara sebab saya tidak boleh terima bila persekitaran pembangkang (termasuk pemimpin dari parti lain yang sehaluan dengan PN, aktivis dan laskar siber) menyerang kredibiliti Azam Baki atau kerajaan pimpinan Anwar dalam perang menentang rasuah.
Dan atas dasar yang sama, saya menolak retorika kononnya “Malaysia dah parah” dan perlu ‘diselamatkan’, di mana keberadaan Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sering dikaitkan dengan retorika tersebut dalam usaha terdesak menumbangkan kerajaan pimpinan Anwar.
Saya tidak lagi mempunyai sebarang masalah dengan keberadaan Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, malah saya tiada masalah jika tempoh khidmatnya dilanjutkan lagi.
Saya akan huraikan kesemua ini dengan lebih lanjut dalam live baru petang atau malam ini.
Tanpa Prejudis
TONTON: Isu Azam Baki—Rafizi Pun Hebat Putarbelit, Seperti Juga persekitaran pembangkang – Ini Buktinya
