Sebelum PRK Port Dickson, Art Harun dilantik sebagai pengerusi SPR baru

 

Tun Carlos

Azhar [email protected] atau lebih dikenali Art Harun, dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, pelantikan itu sudah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong

“Dengan kelayakan dan pengalaman yang ada, saya yakin beliau akan dapat menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab sebagai Pengerusi SPR mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tun Mahathir dalam sidang media semalam berkata beliau langsung tidak mengenali Art Harun dan tidak tahu tentang perlantikan Art Harun ketika ditanya oleh wartawan samada beliau tahu atau terlibat dalam perlantikan tersebut.

Seperti Tun Mahathir, Art Harun berasal dari Kedah. Dilahirkan pada 26 Oktober 1962. Berkelulusan undang-undang dari Universiti Malaya dengan Merit dari King’s College, University of London.

Perlantikan ini mengundang pelbagai spekulasi terutama di dalam PKR kerana perlantikan ini dibuat sebelum PRK Port Dickson dimana Anwar Ibrahim akan bertanding supaya membolehkan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dalam masa yang terdekat.

Comments

Comments


Loading...