‘Sebenarnya, hubungan rapat kami dengan Rothschild banyak membantu tingkatkan aset negara’ – Tengku Razaleigh

Berdasarkan perbualan peribadi saya bersama Datuk Nik Ahmad Azmi Nik Md Daud, Tengku Razaleigh sebenarnya diperkenalkan kepada Rothschild oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dengan bantuan bekas gabenor bank negara, Tun Ismail Ali. Sumber (gambar): TTF

ءسبنرڽ، هوبوڠن راڤت كامي دڠن روتهسچيلد باڽق ممبنتو تيڠكتكن اسيت نڬاراء – تڠكو غزالياغ

Menurut Tengku Razaleigh, dia diperkenalkan kepada Sir Evelyn de Rothschild, yang seterusnya memberi tunjuk ajar berhubung selok belok pembelian saham kerana pengetahuan luasnya dalam pasaran saham dunia.

“Kita runding (kemungkinan) kita tambah aset-aset negara kita, aset-aset yang sudah pun dimaju, seperti estet-estet yang dimiliki oleh Guthrie, Sime Darby dan sebagainya, melebihi daripada jumlah kawasan yang ditanam oleh Felda misalnya.

“Kalau kita hanya nak bergantung kepada usaha kita, tak mungkin kita boleh milik begitu banyak kawasan.

“Jadi, jalan pintas yang kita rasa kita boleh memiliki kawasan-kawasan yang sudah dimaju, ialah dengan cara kita mengambil alih ‘control’ (kawalan) syarikat-syarikat yang dah ada, dan kalaulah harga pasaran dari segi harga saham berpatutan dan rendah, dan boleh memberi keuntungan, mengapa tidak?”


“Rothschild adalah satu banker Yahudi yang terkemuka, dia ada keluarganya di Jerman dan di Rusia, juga di Perancis dan di England, selain daripada di Amerika, dan dia menguasai banyak bank.

“Dia berpengaruh, dan dia boleh bantu kalau dia nak bantu, berdasar kepada apa juga yang kita kemuka kepada dia, asalkan ianya ‘viable’ dan ‘feasible’ untuk dibiayai projek-projek yang kita kemuka kepada dia.




“Dia tak akan biayai sesuatu yang tak mungkin berdaya maju.”

Demikian menurut veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah, ketika ditanya berhubung kerjasama yang pernah beliau jalinkan bersama Rothschild & Co, sebuah bank pelaburan multinasional dan syarikat perkhidmatan kewangan yang terkemuka di dunia.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Menurut Tengku Razaleigh, Allahyarham Tun Abdul Razak mengharap kepadanya untuk melakukan kerja-kerja seumpama itu, kerana menurutnya, menteri tidak dapat melakukannya kerana khuatir akan berlaku “conflict of interest” (konflik kepentingan).

“Jadi orang macam sayalah yang diguna ke sana ke mari, kerana barangkali Tun Razak percaya kepada saya.”

Berdasarkan perbualan peribadi saya bersama Dato’ Nik Ahmad Azmi Nik Md Daud, Tengku Razaleigh sebenarnya diperkenalkan kepada Rothschild oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dengan bantuan bekas gabenor bank negara, Tun Ismail Ali.

Dato’ Nik Ahmad Azmi Nik Md Daud

Menurut Tengku Razaleigh, Tun Ismail Ali banyak berkawan dengan tokoh-tokoh perbankan dunia menerusi lawatan beliau ke IMF dan World Bank setiap tahun, bagi merunding pembayaran balik pinjaman negara kerana urusan jual beli di arena antarabangsa.

“Rothschild ini orang yang dulu, kalau ingat pada Swiss Canal, tak ada siapa berani nak tebuk Swiss Canal itu, tapi dialah yang sanggup keluarkan modal, beri pinjaman untuk tebuk Swiss Canal, (sekaligus) memendekkan jangka masa pelayaran kapal daripada lautan Mediteranean kepada lautan Merah, (dan seterusnya) kepada Lautan India.

Loading...

“Ini semuanya menyebabkan keyakinan kepada kemampuan Rothschild, sehingga dia dikaitkan dengan Federal Reserve Bank of Amerika, iaitu bank pusat Amerika Syarikat (AS), dan bank-bank lain di dunia.

“Pendek kata, dia ni ternama.”

Menurut Tengku Razaleigh, dia diperkenalkan kepada Sir Evelyn de Rothschild, yang seterusnya memberi tunjuk ajar berhubung selok belok pembelian saham bersandarkan pengetahuan luasnya dalam pasaran saham dunia.

“Dia datang ke mari dan kita jadikan dia ‘partner’ (rakan kongsi) dalam satu ‘joint venture’ di Malaysia dengan Bank Bumiputra dulu.

“Saya dilantik menjadi pengerusi dalam ‘joint venture’ ini dan Evelyn Rothschild menjadi timbalan saya.

“Mulai daripada situ kita mempunyai hubungan yang rapat, dan dia juga yang bagi idea yang akhirnya saya runding dengan Tun Ismail Ali dan (Allahyarham) Raja (Tun) Mohar Raja Badiozaman, penasihat kepada kerajaan kita di bidang ekonomi.

“Kita runding (kemungkinan) kita tambah aset-aset negara kita, aset-aset yang sudah pun dimaju, seperti estet-estet yang dimiliki oleh Guthrie, Sime Darby dan sebagainya, melebihi daripada jumlah kawasan yang ditanam oleh Felda misalnya.

“Kalau kita hanya nak bergantung kepada usaha kita, tak mungkin kita boleh milik begitu banyak kawasan.

“Jadi, jalan pintas yang kita rasa kita boleh memiliki kawasan-kawasan yang sudah dimaju, ialah dengan cara kita mengambil alih ‘control’ (kawalan) syarikat-syarikat yang dah ada, dan kalaulah harga pasaran dari segi harga saham berpatutan dan rendah, dan boleh memberi keuntungan, mengapa tidak?”

“Jadi itulah hubungan saya (dengan Rothschild) yang telah membawa faedah kepada kita. Saya sedarlah dia ini satu syarikat Yahudi, tetapi dia pun mementingkan kepada keuntungan, dan dia nak gunakan kemampuan dan kebolehan dia sebagai profesional untuk memberi khidmat, dia pun nak jaga nama baik dia.

“Dan kita pun memahami bahawa dia kan lakukan sebaik mungkin untuk apa juga yang kita kemuka kepada dia, sudah tentu tidak akan merugikan kita.”

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...