ءسجق بيلا سڤرم مولا برتيندق سباڬاي سبواه ڤرتي ڤوليتيك؟ بيلا بوات ديمونستراشن؟ء – فاءيكه حسين
“Sejak bila SPRM mula berfikir dan bertindak sebagai sebuah parti politik? Siap ada Memorandum Sokongan bagai. Bila pula nak buat demonstration..?”
Demikian ciapan Twitter bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin, berhubung kenyataan bersama tiga timbalan pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.
Dalam kenyataan itu, Dato Sri Ahmad Khusairi Bin Yahya, Datuk Seri Norazlan Bin Mohd Razali dan Dato Junipah Bte Wandi mengisytiharkan sokongan mereka kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, yang kini berdepan dengan siasatan berterusan susulan dakwaan pemilikan saham.
Namun, apa yang didakwa tohmahan sebenarnya berpaut pada asas perundangan yang kukuh, membabitkan Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, Seksyen 25 dan 29 Akta Perndustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991(SICDA) serta garis panduan pemilikan dan pengisytiharan harta oleh penjawat awam (RUJUK LINK DI BAWAH).

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Ketiga-tiga mereka menolak dakwaan terhadap Azam Baki dan menyifatkan ia serangan terhadap suruhanjaya antirasuah berkenaan.
“Kami mewakili seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyatakan pendirian kami menyokong kepimpinan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.
“Kami berpendirian bahawa tohmahan dan serangan yang dibuat adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatukan kredibiliti SPRM,” kata mereka pada kenyataan bersama hari ini.
“Kami menggesa agar semua pihak menghentikan kemelut ini dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus dan saksama.
“Warga SPRM tetap bersatu hati dalam mempertahankan institusi ketua pesuruhjaya SPRM demi kelangsungan pencegahan rasuah di negara tercinta,” tegas mereka.
Namun, apa yang didakwa tohmahan sebenarnya berpaut pada asas perundangan yang kukuh, membabitkan Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, Seksyen 25 dan 29 Akta Perndustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991(SICDA) serta garis panduan pemilikan dan pengisytiharan harta oleh penjawat awam (RUJUK LINK DI BAWAH).
BACA: BENARKAH ISMAIL SABRI TAKUT AZAM BAKI AKAN BOCOR RAHSIA SALAH LAKU PEMIMPIN KERAJAAN?
Sementara itu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, kenyataan bersama Ahmad Khusairi, Norazlan dan Junipah “tidak sesuai pada jangka waktunya” dan membuat SPRM kelihatan seperti pertubuhan politik.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
Pendedahan: Inilah sebabnya saya syak Ismail Sabri cuba lindungi Azam Baki (Bahagian Satu)