SEJARAH BARU UMAT ISLAM DAN MELAYU DI ZAMAN MODEN

Semagat jujur dan amanah menjadi kunci kepada kejayaan usaha peyatuan bangsa Melayu dan Islam kerana kita adalah kumpulan majoriti dalam negara ini. Sumber (gambar): Fail TTF

Dato’ Azwanddin Hamzah

Hari ini merupakan hari bersejarah yang amat bermakna kepada umat Islam dan Melayu di negara ini. Hari ini, kita bakal menyaksikan satu pertemuan rasmi di antara 11 orang wakil dari parti UMNO dan 11 orang wakil dari parti PAS bagi membincangkan secara teliti kerjasama yang akan dijalankan di antara kedua-dua parti ini.

Sejarah ini adalah sejarah yang perlu kita umat Islam dan Melayu sama-sama hayati dan raikan kerana usaha pucuk pimpinan kedua-dua parti ini melihatkan kesedaran akan perlunya peyatuan di kalangan orang-orang Melayu dan Islam.

Saya yakin ramai di kalangan umat Islam dan Melayu akan terus memberikan sokongan padu kepada usaha ini manakala ramai diantara NGO-NGO Melayu dan Islam juga merasakan sudah sampai masanya kedua dua pihak menolak segala bentuk ego dan semagat kepartian yang melampau dan memeberikan penumpuan kepada nasib Melayu dan berjuang supaya kuasa Melayu dikembalikan di Tanah Melayu ini.


Saya doakan segala usaha yang ditunjukan oleh kedua-dua parti besar Melayu dan Islam ini akan berjaya. Semagat jujur dan amanah dari kedua-dua pihak inilah yang menjadi kunci kepada kejayaan usaha peyatuan bangsa Melayu dan Islam kerana kita adalah kumpulan majoriti dalam negara ini. Harapan saya agar umat Melayu Islam menyokong 100 peratus usaha pucuk pimpinan kedua-dua parti ini.

Usaha ini bukanlah satu pekara yang mudah, bahkan memerlukan kesepakatan yang jitu dan tekad yang berterusan dari kedua-dua pihak. Usaha ini sememangnya akan dihalang oleh pelbagai pihak menerusi serangan dan tomahan kerana terdapat juga kumpulan yang tidak senang jika Melayu dan Islam bersatu. Ada juga kumpulan yang akan mendapat keuntungan jika Melayu berpecah. Seperti saya selalu katakan, ianya mudah jika kita berlawan dengan pihak Bangsa DAP tetapi sukar jika kita terpaksa melawan bangsa kita sendiri apabila ada di kalangan kita yang lebih melihat kepada kepentingan peribadi. Namun itulah cabaran yang kita akan hadapi bersama. 

Akhir Kalam saya mengajak seluruh umat Islam dan Melayu di dalam mahupun di luar negara supaya sama-sama doakan agar usaha dari kedua-dua pihak ini akan berjaya dan akan menjadi lembaran baru dalam sejarah Melayu dan Islam di negara ini. 

Bangkit bangsa ku untuk agama mu.

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...