سكومڤولن ڤميمڤين امنو كلوار ڤرتي، چاوڠن امنو د كتيريه بوبر
一批巫统领袖退党,巫统科特烈支部解散
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Kota Bharu: Ketua Pemuda Umno Bahagian Ketereh Afiq Amani Annuar yang juga anak kepada Annuar Musa keluar parti berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Annuar yang turut dihadiri Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takuyuddin Hassan pada sidang media khas di kediamannya di sini, hari ini.
Turut diumumkan pengisytiharan keluar parti oleh seluruh ahli jawatankuasa Umno cawangan Cabang Tiga Haji Musa membabitkan 20 kepimpinan termasuk Afiq Annuar.
Pengumuman itu sekali gus menyaksikan jawatankuasa Umno cabang berkenaan terbubar.

TONTON: PH MALU, TERDESAK – FITNAH SAIFUDDIN TERHADAP SANUSI GAGAL, RAKYAT WAJIB DIBERI PENJELASAN KAITAN ANWAR DENGAN RIZA CHALID
Pengumuman itu sekali gus menyaksikan jawatankuasa Umno cabang berkenaan terbubar.
Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Annuar ketika mengumumkan perkara itu, berkata, ia akan disusuli dengan cawangan lain yang akan turut keluar Umno.
“Jawatankuasa Cabang Tiga Haji Musa ditutup berikutan 20 jawatankuasa peringkat cawangan meletakkan jawatan. Pembubaran jawatankuasa ini akan dimaklumkan kepada RoS.
“Saya sebagai bekas Ketua Umno Bahagian dan Setiausaha Agung Umno mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang memberi dokongan untuk menyertai saf perjuangan kita ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden Pas di Seri Puri, Bukit Marak di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Annuar yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh, berkata Perikatan Nasional (PN) mahu menang dengan majoriti besar bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) di bawah Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
“PN mahu jumlah undi yang banyak bukan sahaja di Ketereh, malah di seluruh Kelantan. Kita nak rakyat bersolidariti bersama Pas dan Bersatu,” katanya.
Selain itu, Annuar turut mengumumkan beberapa nama tokoh dan bekas pemimpin Umno.
Antaranya bekas Datuk Bandar Ipoh Datuk Sirajuddin Salleh, Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Datuk Mohd Ibrahim Abu Bakar dan bekas Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk Datuk Dr Nik Mohammad Azli Nik Ariffin.
Sumber berita:
Tajuk:
TONTON: PH MALU, TERDESAK – FITNAH SAIFUDDIN TERHADAP SANUSI GAGAL, RAKYAT WAJIB DIBERI PENJELASAN KAITAN ANWAR DENGAN RIZA CHALID
#PMX #Anwar #PRN #UMNO #AnuarMusa #PerikatanNasional