Raggie Jessy Rithaudeen
سلامت هاري راي، امڤون معاف اتس سڬالا ككوراڠن ساي
Saya ingin mengambil kesempatan di hari yang mulia ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini dan memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan, kelemahan dan salah silap saya selama ini.
Biarpun kita menyambut Syawal tahun ini dalam suasana yang penuh dugaan, ianya merupakan peluang bagi kita memperkuatkan iman dan ketakwaan agar kita dianugerahkan perasaan kasih sayang yang mendalam, rasa saling percaya mempercayai dan hormat-menghormati, sesama insan yang terikat dengan akidah Islamiah.
Sama-samalah kita menjaga keselamatan diri kita dan keluarga dengan mematuhi SOP di musim perayaan ini, nescaya kita dapat memerangi wabak Covid-19 berbekalkan keyakinan bahawa Allah SWT akan membantu kita dalam kesulitan jika kita menunjukkan tekad kuat untuk melindungi diri dan keluarga.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Petugas Barisan Hadapan Negara diatas jihad mereka dalam memastikan kesihatan, keselamatan rakyat dan kemakmuran negara terpelihara.
Semoga Allah SWT sentiasa memelihara kita dan memberi rahmat & keberkatannya serta melindungi kita semua dari Covid-19.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
