Selamba Tun M melacur maruah Hadi Awang sambil mengugut beliau

Perjumpaan Mahathir dengan Hadi di Yayasan Al-Bukhari, Kuala Lumpur. Sumber (gambar): Malaysiakini

THE THIRD FORCE

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pertemuan mereka Jumaat lalu meminta supaya wakil daripada partinya diberikan jawatan dalam berbagai agensi kerajaan negeri (lihat video di bawah).

TTF: Bagaimanapun, semalam, Tun melacur maruah Hadi dengan mendakwa kononnya presiden PAS itu berjanji secara bertulis untuk tidak menyokong UMNO di Semenyih biarpun tidak ada sebarang perjanjian sedemikian rupa dibuat.

Terdahulu, kerajaan Pakatan Harapan berjanji untuk menyalurkan royalti minyak sekurang-kurangnya 5% terus kepada kerajaan negera Terengganu dan bukan menerusi mana-mana agensi atau badan milik kerajaan pusat.

Perkara itu dipersetujui dalam satu mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri di Kementerian Kewangan pada 7hb Jun 2018.

Tetapi sehingga kini, Tun berdolak dalih berkenaan perkara itu biar sudah tujuh bulan pengumuman dibuat.

Kami di TTF dimaklumkan bahawa Tun sedang menggunakan isu royalti minyak dan yang terbaru, permintaan Hadi¬†supaya wakil dari PAS diberikan jawatan dalam agensi kerajaan negeri, sebagai¬†tradeoff untuk ‘membeli’ sokongan MP-MP PAS terhadap satu gabungan politik baru yang bakal ditubuhkan Tun sendiri.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...