
سلاڠور تيڠڬل هاڽ دوا ادون ڤڤبم ستله تيڬ لاڬي كلوار ڤرتي برسام بريبو-ريبو اهلي
Kini tinggal dua orang sahaja dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, iaitu ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari dan ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah.
Ini susulan tindakan tiga ADUN dari PPBM meninggalkan parti itu atas dasar tidak lagi mempercayai kepimpinan Perdana Menteri dan presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kesemua terbabit menzahirkan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, parti baharu pimpinannya, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) serta Blok Bebas Kuasa Ketiga.
Menerusi satu kenyataan, Harumaini berkata, beliau dan 1,800 ahli Bersatu Hulu Selangor sudah menandatangani surat peletakan jawatan sebagai ahli parti itu.

PETALING JAYA: Kini tinggal dua orang sahaja dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, iaitu ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari dan ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah.
Ini susulan tindakan tiga ADUN dari PPBM meninggalkan parti itu atas dasar tidak lagi mempercayai kepimpinan Perdana Menteri dan presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengumuman keluar parti oleh ADUN Kuang, Sallehudin Amiruddin dibuat pada Jumaat lalu disusuli ADUN Batang Kali, Harumaini Omar sehari kemudian.
Terdahulu, ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kuala Selangor lebih awal mengumumkan keluar parti pada 8 Ogos lalu.
Kesemua terbabit menzahirkan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, parti baharu pimpinannya, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) serta Blok Bebas Kuasa Ketiga.
Menerusi satu kenyataan, Harumaini berkata, beliau dan 1,800 ahli Bersatu Hulu Selangor sudah menandatangani surat peletakan jawatan sebagai ahli parti itu.
“Bahawasanya saya Harumaini Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali dengan ini mengisytiharkan keluar dari Bersatu berkuat kuasa mulai 15 Ogos 2020.”
Menurut laporan Sinar, Harumaini turut berkata, keputusan tersebut tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak sebaliknya telah memikirkan perkara itu sedalamnya sebelum meninggalkan parti.
“Bersatu telah lari matlamat asal penubuhannya selain organisasinya tidak diuruskan dengan cara betul. Main cincai saja.
“Segala aduan daripada ahli tidak diambil endah sedangkan aduan-aduan itu ada libatkan kes yang berat seperti penyelewengan dalam mesyuarat dengan bukti jelas,” katanya.
Harumaini turut dilaporkan berkata, beberapa cadangan akar umbi antaranya menambah keahlian menerusi pembukaan cawangan juga ditolak.
“Dengan keanggotaan yang sedikit akhirnya pemimpin yang akan diangkat dalam Bersatu tidak berkualiti ibarat asalkan ada ketua sahaja dan tiada kelayakan sementara Lembaga Disiplin Bersatu pula tidak memainkan peranan mereka. Sesiapa yang menjadi pesaing dipecat,” katanya.
Sementara itu, Sallehudin berkata, kekecewaan dengan Bersatu bermula dari keputusan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) yang diberikan mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Ia disusuli dengan pemecatan Dr Mahathir dan lima ahli Parlimen Bersatu yang dilakukan tidak mengikut prosedur sewajarnya.
“Lebih mengecewakan apabila Muhyiddin bersama UMNO dan Pas menubuhkan Perikatan Nasional (PN) untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.
Selain itu katanya, beliau menganggap perjalanan pembentukan kerajaan oleh PN dilakukan atas tujuan peribadi tanpa melihat prinsip dan maruah parti.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

