سلڤس اننوار موسى، كڤيمڤينن ڤاس، برساتو برتمو تون محضير تندا سوليدريتي ملايو-اسلام
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris hari ini memuat naik gambar pertemuan beliau dan Timbalan Presiden Bersatu bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum itu, satu rombongan pemimpin PAS bertemu Mahathir di kediaman rasmi beliau bagi menyokong Proklamasi Orang Melayu.
Laman Facebook ‘Proklamasi Orang Melayu’ turut memuat naik mengenai pertemuan itu dan menyiarkan rakaman video respons ringkas Abdul Hadi.
Ahli Parlimen Marang itu menyifatkan sokongan yang diberikan sebagai kembali kepada prinsip asal perjuangan Islam.

Antara yang hadir ialah Tuan Guru Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar.
TONTON: PAS, ANNUAR MUSA BERTEMU TUN MAHATHIR, GELOMBANG PENYATUAN TIDAK DAPAT DIHALANG LAGI
Laman Facebook ‘Proklamasi Orang Melayu’ turut memuat naik mengenai pertemuan itu dan menyiarkan rakaman video respons ringkas Abdul Hadi.
Ahli Parlimen Marang itu menyifatkan sokongan yang diberikan sebagai kembali kepada prinsip asal perjuangan Islam.
“Ini kita balik kepada prinsip asal perjuangan Islam itu sendiri, kalau kita baca al-Quran kita dapati Rasul memulakan perjuangan Islam walaupun untuk seluruh manusia, tonggaknya pada bangsa dan kaumnya.
“Kerana perjuangan memerlukan tonggak bangsa baru ada kekuatan, kalau tidak tidak ada kekuatan. Bukan kita fanatik kaum, tetapi itu asas,” katanya.
Pada Mac lalu, Mahathir berniat menganjurkan himpunan ‘Proklamasi Orang Melayu’, bagaimanapun, ia telah ‘dihalang’ oleh pihak tertentu selepas empat kali pembatalan tempahan lokasi penganjurannya.
THE THIRD FORCE