Selepas cadangan Mageran, Menteri yang persoal cara pengendalian vaksin tiba-tiba puji kerajaan

Redzuan mengulas cadangan yang diutarakan Dr Mahathir Mohamad ketika mengadap Yang di-Pertuan Agong pada Khamis lalu. Sumber (gambar): Fail TTF

سلڤس چادڠن ماڬرن، منتري يڠ ڤرسوال چارا ڤڠندالين ۏكسين تيبا-تيبا ڤوجي كراجأن

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Kalau dulu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa parlimen tidak boleh bersidang selagi “imuniti kelompok” (herd immunity) belum tercapai, kini seorang menteri kerajaan berpendapat parlimen perlu bersidang secepat mungkin.

Menteri berkenaan, Mohd Redzuan Md Yusof, turut berpandangan Majlis Gerakan Negara (Mageran) tidak perlu ditubuhkan untuk mentadbir negara pada masa ini.

Baginya, kerajaan setakat ini menguruskan negara dengan baik di tengah-tengah wabak Covid-19 biarpun beliau sendiri mempersoalkan cara pengendalian vaksinasi oleh kerajaan. 

“Kenapa perdana menteri perlu usulkan Mageran? Kita laksana tugas dengan agak baik walau dengan cabaran yang tak pernah berlaku sebelum ini.”


PETALING JAYA: Kalau dulu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa parlimen tidak boleh bersidang selagi “imuniti kelompok” (herd immunity) belum tercapai, kini seorang menteri kerajaan berpendapat parlimen perlu bersidang secepat mungkin.

Menteri berkenaan, Mohd Redzuan Md Yusof, turut berpandangan Majlis Gerakan Negara (Mageran) tidak perlu ditubuhkan untuk mentadbir negara pada masa ini.




Baginya, kerajaan setakat ini menguruskan negara dengan baik di tengah-tengah wabak Covid-19 biarpun beliau sendiri mempersoalkan cara pengendalian vaksinasi oleh kerajaan.

“Kenapa perdana menteri perlu usulkan Mageran? Kita laksana tugas dengan agak baik walau dengan cabaran yang tak pernah berlaku sebelum ini.

“Kita bersikap dinamik dan sentiasa ingin menyesuaikan diri dengan keutamaan yang berubah-ubah. Tiada satu penyelesaian dan prosedur operasi standard (SOP) yang tetap dalam keadaan semasa,” katanya menerusi pesanan teks kepada Malaysiakini hari ini.

Redzuan mengulas cadangan yang diutarakan Dr Mahathir Mohamad ketika mengadap Yang di-Pertuan Agong pada Khamis lalu.

Bekas perdana menteri itu mencadangkan penubuhan kerajaan ala Mageran pada tahun 1969.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA: 

Apakah ini sebabnya Zahid takut dengan Mageran?

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...