Selepas mengundang selebriti, Anwar harap lebih ramai pendakwah, agamawan masuk PKR

Sambil menyuarakan harapan lebih ramai golongan pendakwah dan agamawan menyertai PKR, Anwar berkata, penyertaan mereka boleh membawa kebaikan, yang mendorong perubahan menolak kebobrokan, rasuah, penyelewengan. Sumber (gambar): Fail TTF

سلڤس مڠونداڠ سلبريتي، انور هارڤ لبيه راماي ڤندعوه، اڬاموان ماسوق ڤقر

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Selepas mengundang dua selebriti masuk ke PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan penyertaan 15 individu termasuk bekas hakim mahkamah Syariah dan beberapa bekas pemimpin PAS ke dalam parti itu.

Mereka ialah bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Baharum Hasbullah, bekas Adun PAS Dusun Tua, Razaly Hassan, bekas ketua pemuda PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad dan bekas ahli jawatankuasa Ulama PAS Seremban, Mohd Rais Mustafa Kamal.

Sementara itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang turut hadir dalam sidang media itu berkata penyertaan mereka membuktikan PKR disokong gerakan Islam. 

“Sebenarnya kita Keadilan (PKR) ini sebenarnya disokong oleh gerakan-gerakan Islam yang kita sedia maklum dari awal dulu. Hari ini kita dibuktikan dengan sokongan teman-teman,” katanya.

Sambil menyuarakan harapan lebih ramai golongan pendakwah dan agamawan menyertai PKR, Anwar berkata, penyertaan mereka boleh membawa kebaikan, yang mendorong perubahan menolak kebobrokan, rasuah, penyelewengan.

“Mengapa kita dukung – suntikan penyertaan ulama, agamawan. Ini adalah kerana fahaman kita kepada Islam itu sebagai agama persekutuan.

“Pengisian yang boleh membawa kebaikan, yang mendorong perubahan menolak kebobrokan, rasuah, penyelewengan,” katanya.

Sementara itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang turut hadir dalam sidang media itu berkata penyertaan mereka membuktikan PKR disokong gerakan Islam.

“Sebenarnya kita Keadilan (PKR) ini sebenarnya disokong oleh gerakan-gerakan Islam yang kita sedia maklum dari awal dulu. Hari ini kita dibuktikan dengan sokongan teman-teman,” katanya.

Katanya ia sekali gus menangkis momokan bahawa PKR merupakan parti yang mendukung fahaman liberal, pluralisme dan sebagainya.

“Jadi sebenarnya memang kita satu parti yang memastikan bahawa gerakan Islam yang mendukung ini, menggerakkan parti ini bersama-sama di samping kita dalam negara yang majmuk harus memikirkan masyarakat yang lain

Loading...

“Bukan sahaja masyarakat Melayu Islamnya tetapi juga memikirkan masyarakat Cina, India dan pelbagai kaum yang ada di negara kita,” katanya.

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini

WAJIB BACA:

‘Saya sayang Mahathir, sekarang saya terima beliau paling sesuai memimpin Malaysia’ – Anwar

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...