“TTF mendapat maklumat bahawa boikot besar-besaran pemimpin akar umbi dan jentera pilihan raya dijangka berlaku di lebih 100 bahagian UMNO di seluruh negara (TONTON LIVE 11 PAGI INI, KLIK DI SINI)“
Raggie Jessy Rithaudeen
سلڤس شهيدان كسسيم، اننوار موسى بري ڬمبارن موڠكين برتنديڠ بيارڤون ‘دڤنچوڠ’ زاهيد
Tan Sri Annuar Musa memberi gambaran mungkin kekal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 biarpun Namanya tidak disenaraikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam kenyataan di Facebook, Menteri Komunikasi itu berkata, beliau akan meninjau pendirian jentera akar umbi di kawasannya serta sentimen rakyat yang mengangkatnya pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Annuar juga berkata banyak undi yang diperolehinya dulu bukan dari ahli UMNO, dan beliau akan “serahkan diri kepada rakyat dan biar rakyat tentukan perjalanan seterusnya.”
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“PRU 14 dulu,lebih 25,000 telah mengundi saya. Ahli umno Ketereh cuma 14,000.
“Bererti lebih dari 11,000 undi datangnya dari kalangan bukan ahli UMNO.
“Kesemuanya amat saya hargai. Ia memenuhi aspirasi saya yang mahu melihat ahli umno dan bukan ahli UMNO terutama kalangan ahli PAS supaya kekal bersatu padu dan menjunjung semangat Muafakat Nasional yg kita bersama perjuangkan,” Annuar menulis.
Annuar turut meminta rakan-rakannya untuk bertenang.
“Untuk perjalanan seterusnya elok saya tinjau pendirian jentera akar umbi saya, serta sentimen rakyat yang mengangkat saya.
“Elok saya serahkan diri saya kepada rakyat dan biar rakyat tentukan perjalanan seterusnya.
“Pastinya jangan dibiarkan cabaran tidak bersahut, tikaman tidak bertepis, fitnah tidak berjawab dan hutang tidak berbayar.”
Terdahulu, media melaporkan bahawa Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan meneruskan hasrat bertanding dalam PRU kali ini.
Menurut Shahidan, tindakan berkenaan dilakukan selepas kelima-lima nama ‘calon boleh menang’ yang dicadangkan ke pusat tidak diambil peduli oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi.
“Saya akan bertanding kerana disebabkan faktor ‘calon boleh menang’ maka disebabkan itulah saya akan terus bertanding.
“Bertanding atas tiket apa, saya akan tanya cawangan tetapi mereka lebih pilih parti yang bergerak ke arah Muafakat Nasional bersama PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” beliau dilaporkan berkata.
Sementara itu, TTF mendapat maklumat bahawa boikot besar-besaran pemimpin akar umbi dan jentera pilihan raya dijangka berlaku di lebih 100 bahagian UMNO di seluruh negara (TONTON LIVE 11 PAGI INI, KLIK DI SINI).
