
سمالم زاهيد مينتا ڤيليهن راي دسڬراكن، هاري اين انقڽ دلانتيق اهلي ڤربادنن سمى چورڤ
Sebuah portal online melaporkan bahawa anak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, dilantik sebagai ahli Perbadanan SME Corp, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC).
Pelantikan ini berlaku selepas 189 Bahagian UMNO memberi tekanan kepada PPBM apabila mengisytiharkan tidak akan bekerjasama dengan parti Perikatan Nasional itu di Pilihan Raya Umum ke-15.
Semalam, Zahid sendiri mempersoalkan rasional di sebalik ‘ketakutan’ semua pihak untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum dalam masa terdekat (rujuk pendedahan penuh menerusi link artikel di hujung bawah).
Anak Zahid sebelum ini menyandang jawatan sebagai Ketua Komunikasi Bahagian Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
IPOH: Sebuah portal online melaporkan bahawa anak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, dilantik sebagai ahli Perbadanan SME Corp, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC).
Menurut portal tersebut, surat perlantikan itu diserahkan oleh menteri MEDAC, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada Nurulhidayah.
Pengumuman itu dibuat oleh Wan Junaidi selepas ditemui pada Majlis Amanat Tahun Baharu dan Pelancaran Hala Tuju MEDAC 2021 di Putrajaya, hari ini.
Pelantikan ini berlaku selepas 189 Bahagian UMNO memberi tekanan kepada PPBM apabila mengisytiharkan tidak akan bekerjasama dengan parti Perikatan Nasional itu di Pilihan Raya Umum ke-15.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut ditekan oleh beberapa kumpulan dari UMNO yang inginkan parlimen dibubarkan sebelum hujung bulan ini, termasuk Pengerusi UMNO Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob.
Petang tadi, Ahmad memberi kata dua kepada kerajaan Perikatan Nasional agar membubarkan parlimen sebelum hujung bulan ini atau dia akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan.
Semalam, Zahid sendiri mempersoalkan rasional di sebalik ‘ketakutan’ semua pihak untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum dalam masa terdekat (rujuk pendedahan penuh menerusi link artikel di hujung bawah).
TTF menulis:
Jika Zahid berdegil dan menunggu sehingga bulan Febuari sebelum menarik sokongan Team A terhadap Perikatan Nasional, beberapa ahli parlimen dari Team B dijangka akan berbuat demikian dalam masa terdekat.
Ini sudah pasti akan mencetuskan pelantikan Perdana Menteri baharu kerana Yang di-Pertuan Agong tidak akan bersetuju untuk membubarkan parlimen buat masa ini memandangkan jumlah kes Covid-19 masih belum menurun ke tahap dua digit.
Atas kesedaran inilah Zahid tiba-tiba mempersoalkan rasional di sebalik ‘ketakutan’ semua pihak untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum dalam masa terdekat sedangkan lebih 30 negara sudahpun menghadapi Pilihan Raya Umum dalam suasana pandemik Covid-19 yang menggila.
Sementara itu, Nurul memperoleh ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2012.
Anak Zahid sebelum ini menyandang jawatan sebagai Ketua Komunikasi Bahagian Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Beliau pernah mengacara rancangan Inspirasi Ramadan di Radio Malaysia.
Gelaran Datuk diterima berasaskan kerjaya beliau sebagai Ketua Komunikasi Korporat di SPNB.
Nurul juga mempunyai bakat dalam bidang fesyen dan merupakan seorang pereka fesyen hijab di Couverture KL.
Berusia 41 tahun, beliau juga pernah memiliki sebuah syarikat pengurusan acara, Karya Bonda Sdn Bhd dari tahun 2007 hingga tahun 2012.
THE THIRD FORCE
PENDEDAHAN PENUH:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
