Sembilan anggota kumpulan jenayah ‘Jackie’ didakwa di Johor

Mahkamah menetapkan 23 Januari depan untuk sebutan semula bagi memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan. Sumber (gambar): The Sun Daily

Sembilan individu, termasuk dua warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Jackie, antara November 2017 hingga November tahun ini.

Selain Fong Yang Ching, 34, turut didakwa ialah Tay Boon Soon, 47; Chong Jin Xiong, 24; Wong Yoke Moy, 51; Go Boon Keong, 42; Chang Soon Fah, 31; Wong Teck Kwang, 37, dan masing-masing warga Thailand, Arnon Boonrod, 26, serta warga Bangladesh, Md Jhaidul Islam, 31.

Mereka dituduh menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Jackie, dalam daerah Johor Bahru antara 30 November 2017 hingga November tahun ini.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun hingga 20 tahun maksimum, jika sabit kesalahan.


JOHOR BAHRU: Sembilan individu, termasuk dua warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Jackie, antara November 2017 hingga November tahun ini.

Selain Fong Yang Ching, 34, turut didakwa ialah Tay Boon Soon, 47; Chong Jin Xiong, 24; Wong Yoke Moy, 51; Go Boon Keong, 42; Chang Soon Fah, 31; Wong Teck Kwang, 37, dan masing-masing warga Thailand, Arnon Boonrod, 26, serta warga Bangladesh, Md Jhaidul Islam, 31.




Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamaruddin Kamsun.

Mereka dituduh menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Jackie, dalam daerah Johor Bahru antara 30 November 2017 hingga November tahun ini.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun hingga 20 tahun maksimum, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Abd Rahman dan Nadia Zulkefli.

Peguam, Abd Rahim Ali dan Jihad Syahida Nadia Zakaria mewakili tertuduh,Boon Keong, Soon Fah dan Teck Kwang, manakala peguam, Mohd Ashram Zakaria mewakili Yoke Moy.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Januari depan untuk sebutan semula bagi memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Terdahulu, kehadiran kesemua sembilan tertuduh di kompleks mahkamah dikawal ketat lebih 10 polis pengiring bersenjata.

Loading...

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...