Senarai Anwar sah palsu, DYMM Agong akan tahu bila bertemu ahli parlimen tersenarai

Bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

Senarai yang dipamerkan dari puak Anwar Ibrahim kononnya sudah terdapat seramai 121 ahli-ahli parlimen yang menyokong beliau sebagai calon Perdana Menteri baru adalah ‘palsu’ dan tidak benar.

Ramai daripada senarai ahli-ahli parlimen umno sudah menafikan mereka tidak menyokong Anwar Ibrahim untuk tujuan tersebut.

DYMM Agong harus panggil mengadap semua dari senarai nama-nama tersebut bagi mendapatkan kesahihan kerana sudah pasti ramai dari nama-nama itu adalah palsu.




Seandainya palsu dan tiada asas kebenaran; pihak penguatkuasa undang-undang dan DYMM Agong harus mengambil tindakan tegas keatas Anwar Ibrahim yang sedang mengganggu-gugat kestabilan politik negara.

Perbuatan Anwar Ibrahim ini berniat jahat mengganggu-gugat kestabilan negara di saat kita sedang menghadapi pandemik covid19 yang semakin mencabar masakini.

Perbuatan jahat yang tidak bertanggung-jawab ini tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Anwar Ibrahim ‘manusia berpenyakit’ serta ‘sewel’ ini amat ‘desperado’ sanggup melakukan apa saja kearah menrealisasikan cita-cita politik rakusnya.

Pada realitinya, ‘manusia berpenyakit’ ini sedang ‘bermimpi di siang hari’ dan ‘berangan mat jenin’.

Majoriti daripada ahli-ahli parlimen tidak akan menyokong Anwar Ibrahim untuk jadi PM8 kerana semua sudah tahu ‘sifat aneh’ ataupun ‘perangai buruk’ sebenar beliau.

Berkemungkinan hanya sebahagian saja dari ahli-ahli parlimen PH saja yang menyokong Anwar Ibrahim.

Loading...

Dari PH itu sendiri Anwar Ibrahim gagal mendapat sokongan secara mutlak.

Sesungguhnya, saya amat yakin senarai yang dipamerkan oleh puak penyokong ‘otak udang’ Anwar Ibrahim ini adalah palsu semata-mata.

Pihak penguatkuasa undang-undang juga mesti siasat dakwaan Anwar Ibrahim secara komprehensif dan professional kerana perbuatan jahat yang tidak berasas seperti ini tidak boleh dikompromi sama sekali!!

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...