“Langkah pertama dalam memulihkan keadaan ekonomi, sosial, kesihatan dan politik negara adalah mengenalpasti dan mengakui punca sebenar kegagalan kerajaan. Muhyiddin gagal memahami perkara mudah ini”
Raggie Jessy Rithaudeen
سناراي كڬاڬالن كراجأن يڠ محي الدين ڬاڬل كنلڤستي دالم ڤروتوسن هاري اين
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggariskan empat fasa melibatkan pelan peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.
Ini susulan pengumuman cadangan “Majlis Pemulihan Negara” (MPN) bersemangatkan Mageran yang diusulkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menghadap Yang Di-Pertuan Agong Khamis lalu.
Semalam, Mahathir mendedahkan fasa-fasa pemulihan MPN yang merangkumi hampir semua aspek kehidupan seharian rakyat jelata yang terjejas teruk disebabkan tindak-tanduk kerajaan pimpinan Muhyiddin yang berkuasa lebih setahun setengah.
Fasa-fasa pemulihan ini meliputi aspek kesihatan, sosial, pendidikan dan ekonomi negara yang terjejas teruk sehingga menyebabkan negara kini berada di ambang kehancuran.
Manakala itu, Muhyiddin menggariskan empat fasa pemulihan yang langsung tidak mengenal pasti punca sebenar kegagalan kerajaan dalam perang Covid-19 dan langkah-langkah pembetulan yang wajar diambil.
Antara kegagalan yang dimaksudkan ialah:
1. Perangkaan SOP yang tidak konsisten dan mengelirukan
2. Perlaksanaan “Total Lockdown” yang bukannya “Total Lockdown” dalam ertikata sebenar malah jauh lebih longgar berbanding PKP 1.0 ketika angka Covid-19 jauh lebih rendah.
3. Pembaziran dana rakyat bagi membiayai jumlah lantikan politik terbesar dalam sejarah tanah-air, membabitkan menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat atau agensi berkait kerajaan.
4. Agihan dana yang mencurigakan ke J-KOM dan agihan-agihan lain (seperti pembinaan dewan serbaguna) yang menunjukkan kerajaan gagal utamakan prioriti, iaitu memerangi wabak Covid-19 dan menjaga kebajikan rakyat yang terkesan teruk.
5. “Dasar politik darjat” yang diamalkan oleh kerajaan, di mana ahli-ahli parlimen blok kerajaan dilayan dengan cara berbeza berbanding rakyat jelata dalam isu pematuhan dan perangkaan SOP.
6. Keenganan kerajaan mengaku bahawa penyebab utama kegilaan dalam penularan wabak Covid-19 adalah Pilihan Raya Negeri Sabah yang dicetuskan oleh Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Ini menyumbang kepada kemarahan rakyat jelata yang menanggung seksa apabila Kawalan Pergerakan diadakan secara berterusan.
7. Monopoli vaksin oleh satu kementerian dan dasar memberi tumpuan kepada dua-tiga jenama vaksin walaupn terdapa jenama lain yang diluluskan oleh WHO.
8. Tanda soal membabitkan kos sebenar vaksin serta proses imunisasi yang lambat.
9. Dasar berpolitik tak tentu hala yang dipraktikkan oleh blok kerajaan sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negara tatkala rakyat disuruh kurang berpolitik dan “duduk diam di rumah.” Ini akhirnya meningkatkan shut politik negara.
10. Kerisauan para pelabur serta laporan-laporan Bank Dunia dan United Nations yang medapati terdapat masalah tadbir urus dan ketidak tentuan politik yang nyata di negara ini.
11. Keenganan kerajaan membenarkan keabsahannya ditentukan, ugutan terhadap rakyat jika isu majoriti dipersoal.
12. Kenyataan-kenyataan palsu oleh Menteri Kewangan dan Menteri Perundangan berhubung beberapa isu menakutkan lagi pelabur yang makin kurang yakin dengan kemampuan, keikhlasan dan ketelusan kerajaan dalam mentadbir urus negara.
13. Perlaksanaan pelbagai bentuk “kawalan pergerakan” bagi tempoh lebih setahun setengah yang merupakan antara terpanjang di dunia tetapi gagal mengekang penularan wabak Covid-19.
14. Keengganan kerajaan mengaku bahawa Darurat gagal biarpun peningkatan kes harian Covid-19 berlipat kali ganda dalam tempoh Darurat berbanding jumlah harian pada ketika Darurat diisytiharkan.
15. Keputusan-keputusan yang tidak masuk akal dan mengelirukan di bawah “Total Lockdown,” apabila lebih 128,000 syarikat dibenarkan beroperasi, ada di antaranya bukan tergolong sebagai “keperluan asas.”
16. Masalah sosial disebabkan kwalan-kawalan pergerakan, termasuk peningkatan dalam kes bunuh diri dan syarikat-syarikat yang gulung tikar yang sememangnya memerlukan perhatian khas dari pihak kerajaan.
Semua kegagalan ini, termasuk sikap kerajaan yang enggan mengaku dan memperbetulkan kesilapannya yang menjadi punca utama kemudaratan ekonomi dan kesempitan hidup yang dialami beratus ribu orang, menyebabkan rakyat makin gelisah, marah, keliru dan tidak tenteram.
Keengganan kerajaan mengaku dan memperbetulkan kesilapannya jelas mempamirkan sikap kurang prihatin dan meyakinkan lagi rakyat bahawa kerajaan ini mengamalkan dasar “politik dua darjat.”
Pelan pemulihan Muhyiddin langsung tidak menitikberatkan kegagalan-kegagalan yang digariskan di atas yang hanya merupakan “the tip of the iceberg” (peratusan kecil) kegagalan yang perlu diatasi.
Maka mustahil kerajaan mampu memulihkan negara memandangkan kerajaan sendiri tidak sedar tahap kegagalannya dari sudut sosio-politik dan sosio-ekonomi dan apa yang harus dilakukan bagi memperbetulkan keadaan.
WAJIB BACA:
