Senarai penuh penipuan Anwar, Zahid dan Rafizi yang dijangka runtuhkan kerajaan PH-BN dalam masa terdekat

“Berikut (di bawah artikel) merupakan senarai penuh penipuan berkait pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan beberapa fakta lain yang diputar belit bagi mengaburi mata rakyat”

Raggie Jessy Rithaudeen

سناراي ڤنوه ڤنيڤوان انور، زاهيد دان رافيزي يڠ باكل رونتوهكن كراجأن ڤه-بن دالم ماس تردكت

Ketika fasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15, Rafizi Ramli membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap Azam Baki selepas SPRM menyerbu syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd, termasuk menahan kakitangannya selama tujuh jam.

“Esok kita jumpa di mahkamah, lusa satu hari lagi kempen, Sabtu kita mengundi. Lepas menang pilihan raya kami cari Azam, insya-Allah. Saya tahu Azam tengok ini!




“Saya harap bila PH menang bila kami cari kamu, kamu jangan salahkan adik kamu sekali lagi,” katanya.

Namun, hari ini, Rafizi menafikan pernah ugut Azam Baki sambil mendakwa, dia bermaksud bahawa keutamaan (apabila kerajaan baru mengambil alih) adalah untuk memastikan semua agensi penguatkuasaan berfungsi dengan bebas.

Nampak?

Inilah Rafizi Ramli – hari ini cakap lain, esok cakap lain.

Sebelum ini, Rafizi berjanji untuk menjadi orang pertama yang bersuara sekiranya Pakatan Harapan menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional.

Namun, hari ini, Rafizi membisu seribu bahasa meskipun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkhianati mandat penyokong Pakatan Harapan dengan memilih Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Bukankah Pakatan Harapan selama ini mendakwa kerajaan Barisan Nasional di bawah gandingan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Zahid mengamalkan Kelptokrasi?

Loading...

Bukankah Lim Kit Siang dan Anwar berjanji untuk menolak rasuah dan Kleptokrat, dan bukankah Anwar sendiri berjanji untuk tidak libatkan ahli Kluster Mahkamah dalam kerajaan pimpinannya?

Terlalu banyak naratif palsu yang berbahaya dimarakkan oleh pemimpin Pakatan Harapan dan laskar siber, bermula sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 dan makin rancak selepas Anwar dilantik Perdana Menteri.

Ini termasuk penipuan kononnya kerajaan yang ditubuhkan oleh Anwar merupakan “kerajaan perpaduan,” walhal, kerajaan ini jelas merupakan “kerajaan minoriti” yang didirikan bersama Barisan Nasional, antara lain.

Yang saya ceritakan ini hanyalah cebisan daripada puluhan naratif palsu yang giat dimarakkan di media sosial dan media alternatif yang condong ke arah Pakatan Harapan.

Untuk menangkis naratif palsu ini, berikut merupakan senarai penuh penipuan berkait pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan beberapa fakta lain yang diputar belit bagi mengaburi mata rakyat:

A  JENIS KERAJAAN

1.     Anwar bukanlah Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan.

2.     Sebaliknya, Anwar merupakan Perdana Menteri “Kerajaan Minoriti” yang didirikan bersama Barisan Nasional, antara lain.

3.     Kerajaan ini akan hanya bertukar menjadi “Kerajaan Majoriti” selepas keabsahannya dibuktikan menerusi usul percaya di Dewan Rakyat.

4.     Usul percaya ini boleh dilakukan samada secara langsung atau secara tidak langsung menerusi undian Belanjawan hujung bulan ini.

B  PELANTIKAN ANWAR

5.     Apabila Yang Di-Pertuan Agong melantik Anwar sebagai Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda Tuanku tidak merujuk kepada sebarang ‘janji’ kerjasama antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

6.     Sebaliknya, Yang Di-Pertuan Agong melantik Anwar sebagai Perdana Menteri atas pertimbangan “parti yang memenangi kerusi terbanyak,” yakni Pakatan Harapan.

7.     Yang Di-Pertuan Agong juga melantik Anwar sebagai Perdana Menteri atas keyakinan bahawa semua ahli parlimen Pakatan Harapan menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri dan pendapat (atau hemat) Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa Anwar mungkin mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

8.     Ini selaras dengan peruntukan Perkara 43 (a) Perlembagaan Persekutuan, dan ianya turut bermakna Yang Di-Pertuan Agong tahu bahwa Anwar akan bergelar “Perdana Menteri Kerajaan Minoriti” dan perlu membuktikan keabsahannya menerusi undian di Dewan Rakyat.

9.     Yang Di-Pertuan Agong tidak pernah menitahkan apa-apa yang membawa maksud “Barisan Nasional dan Pakatan Harapan wajib membentuk kerajaan bersama supaya Anwar boleh dilantik sebagai Perdana Menteri.”

10.  Ini merupakan naratif palsu yang amat berbahaya, khususnya, naratif Zahid kononnya “Yang Di-Pertuan Agong menitahkan kesemua 30 MP BN untuk bersama Kerajaan Perpaduan.”

11.  Zahid harus diambil tindakan kerana memarakkan naratif palsu ini.

12.  Yang Di-Pertuan Agong turut tidak pernah menyentuh isu “Kerajaan Perpaduan” dalam mana-mana kenyataan rasmi, samada sebelum atau selepas pelantikan Anwar.

13.  Sebaliknya, Yang Di-Pertuan Agong hanya menitahkan agar kerajaan yang dibentuk “perlu stabil,” tidak lebih dari itu.

C  LAGI PENIPUAN ZAHID, BN

14.  Zahid telah melanggar ketetapan dasar UMNO yang diputuskan menerusi Perhimpunan Agung UMNO Mac lalu.

15.  Ketetapan ini bukan hanya melarang UMNO bekerjasama dengan Anwar atau DAP, sebarang percubaan untuk mengubah dasar ini hanya boleh dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO seterusnya, menerusi EGM (Extraordinary General Meeting) atau menerusi Perhimpunan Agung UMNO khas.

16.  Dakwaan Zahid kononnya ketetapan ini hanya merujuk kepada “kerjasama pada PRU15” adalah penipuan semata-mata.

17.  Hakikatnya, Zahid wajib diambil tindakan kerana melanggar dasar parti dan menipu Yang Di-Pertuan Agong kononnya kesemua 30 ahli parlimen Barisan Nasional menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

18.  Penipuan ini dibuat menerusi satu warkah yang dialamatkan oleh Zahid kepada Yang Di-Pertuan Agong tanpa pengetahuan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional.

19.  Warkah ini muncul sehari selepas Zahid mendapat persetujuan kesemua ahli parlimen Barisan Nasional bahawa mereka akan kekal sebagai pembangkang dan tidak menyokong mana-mana calon Perdana Menteri, samada dari Perikatan Nasional mahupun Pakatan Harapan.

D  LAGI PENIPUAN ANWAR, PH

20.  Anwar sah menipu kononnya kerajaan pimpinannya akan memerangi Kleptokrasi serta tidak akan libatkan Kluster Mahkamah.

21.  Penipuan ini menjadi nyata apabila Anwar melantik Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan memberikan Zahid portfolio kementerian.

22.  Anwar juga membelakangkan janji Pakatan Harapan kononnya Perdana Menteri dariapda gabungan itu tidak akan memegang portfolio tambahan daripada mana-mana kementerian.

23.  Rafizi sah menipu kononnya Azam Baki akan ‘dicari’ sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-15.

24.  Rafizi sah menipu kononnya beliau akan “menjadi orang pertama yang bersuara sekiranya Pakatan Harapan menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional.”

25.  Lim Kit Siang sah menipu kononnya DAP tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Kleptokrat.

26.  Pakatan Harapan sah menipu kononnya gabungan itu “tidak ada pilihan melainkan bekerjasama dengan Barisan Nasional dan melantik Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri.”



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...