Seperti dijangka, Mahkamah benarkan Najib dapat semula pasport, tidak dibantah pendakwaan

Menurut peguam Najib, anak guamnya akan menjalani perintah kuarantin di Singapura selama 10 hari dan akan bertemu anak perempuannya, Nooryana Najwa pada 14 November ini. Sumber (gambar): Fail TTF

سڤرتي دجڠك، محكمه بنركن نجيب داڤت سمولا ڤسڤورة، تيدق دبنته ڤندعواان

Seperti dijangka, Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.

Menurut laporan, ia bagi membolehkan Najib melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua pada November ini.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said membenarkan permohonan pelepasan pasport berkenaan dan ia tidak dibantah pihak pendakwaan.

Menurut peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, anak guamnya hanya akan memulakan perjalanan ke Singapura pada 3 November ini selepas menghadiri pembentangan Belanjawan 2022.

Kamaluddin berkata, mahkamah membenarkan permohonan itu selepas mendapati terdapat alasan yang munasabah.

Jumaat lalu, saya menulis:

“Saya amat kecewa dengan keputusan Mahkamah berhubung permohonan Zahid dan Rosmah, memandangkan kedua-duanya terlibat dengan pertuduhan jenayah berprofil tinggi yang menjadi perhatian seluruh dunia dan boleh menggunakan peluang ini untuk melarikan diri sebelum parlimen dibubarkan.

“Saya berharap Mahkamah tidak akan meluluskan permohonan Najib memandangkan beliau sudahpun disabit kesalahan atas tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).”

Menurut peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, anak guamnya hanya akan memulakan perjalanan ke Singapura pada 3 November ini selepas menghadiri pembentangan Belanjawan 2022.

Beliau berkata, Najib akan menjalani perintah kuarantin di Singapura selama 10 hari dan akan bertemu anak perempuannya, Nooryana Najwa pada 14 November ini.

Loading...

RJ RITHAUDEEN

WAJIB BACA:

Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...