Sepuluh warga India ditahan makan malam, minum minuman keras di restoran

Kesemua terbabit ditahan sementara menunggu perintah reman. Sumber (gambar): Fail TTF

سڤولوه ورڬ اينديا دتاهن ماكن مالم، مينوم مينومن كراس د ريستورن

#TTFCovid19: Sepuluh warga India ditangkap malam semalam kerana didakwa makan dan minum minuman keras bersama-sama di sebuah restoran daun pisang di Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki yang berusia antara 19 hingga 44 tahun itu ditahan oleh pasukan CID dari ibu pejabat polis Perak kira-kira jam 8.50 malam.

Beliau turut berkata polis merampas lesen perniagaan restoran itu serta tiga botol minuman keras ‘A Class’.

“Semua yang ditangkap mengaku tahu perihal perintah kawalan pergerakan (MCO) dan memahami perintah berkenaan yang dikeluarkan oleh kerajaan berikutan penyebaran Covid-19 di negara ini,” katanya.


PETALING JAYA: Sepuluh warga India ditangkap malam semalam kerana didakwa makan dan minum minuman keras bersama-sama di sebuah restoran daun pisang di Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki yang berusia antara 19 hingga 44 tahun itu ditahan oleh pasukan CID dari ibu pejabat polis Perak kira-kira jam 8.50 malam.




“Polis yang melakukan rondaan Covid-19 di Ipoh Barat mendengar bunyi kuat dari restoran sebelum membuka pintu (restoran berkenaan) dan menemui 10 lelaki makan dan minum minuman keras,” beliau dilaporkan sebagai berkata oleh agensi berita Bernama.

Menurut Asmadi, siasatan awal mendapati rumah mereka terletak kira-kira 30 meter dari kedai.

Beliau turut berkata polis merampas lesen perniagaan restoran itu serta tiga botol minuman keras ‘A Class’.

“Semua yang ditangkap mengaku tahu perihal perintah kawalan pergerakan (MCO) dan memahami perintah berkenaan yang dikeluarkan oleh kerajaan berikutan penyebaran Covid-19 di negara ini,” katanya.

Kesemua terbabit ditahan sementara menunggu perintah reman.

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...