Serangan Kamarul Yusoff terhadap Steven Sim tiada asas, melampau, rasis, bukan cara Islam

“Saya mengaku, saya sendiri amat sensitif jika ada usaha mana-mana pihak gangu gugat kedaulatan Islam atau percubaan untuk memarakkan gelombang Evangelis dikalangan penganut agama Islam. Tetapi tindak-tanduk Kamarul amat memalukan dan merupakan contoh yang harus dijauhi oleh semua yang bergelar Muslim kerana tersasar dari landasan kebenaran dan mampu mencetuskan ketegangan kaum”

Raggie Jessy Rithaudeen

سراڠن كامرول يوسف ترهادڤ ستيۏين سيم تياد اساس، ملمڤاو، راسيس، بوكن چارا اسلام

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Saya jarang komen berkenaan blogger atau aktivis lain kerana berpendapat setiap individu mempunyai hak untuk mengutarakan pendapatnya tidak kira hala tuju politik atau latar belakang.

Justeru, saya cuba mengelak untuk mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Pensyarah Kanan UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff, berhubung seorang ahli parlimen DAP yang dikatakan menyumbang motosikal kepada seorang pemuda Melayu yang bekerja sebagai penghantar makanan.




Semuanya bermula apabila Kamarul mendakwa bahawa Steven Sim merupakan Mubaligh Kristian (Christian Missionary) dan Evangelis Kristian (Christian Evangelist) berdasarkan “tulisan pegawai khas Steven Sim dan Steven Sim sendiri.”

Kamarul turut menulis:

“Steven Sim, melalui tulisan mantan pegawai khasnya, Joshua Woo, dan tulisannya sendiri, dinyatakan sebagai menyeru gereja untuk bukan sahaja menghadkan aktiviti Evangelisme mereka kepada mencari rekrut atau penganut baru Kristian, tetapi turut terlibat dalam politik secara praktikal.”

Entah kenapa perkara ini ditimbulkan, sedangkan, jika Steven Sim merupakan Evangelis Kristian sekalipun, itu hak dia sebagai seorang Kristian asalkan tidak ada usaha untuk cuba mempengaruhi masyarakat Islam.

Cara isu ini ditonjolkan oleh Kamarul agak pelik, memandangkan Kamarul terang-terang memberi amaran kepada masyarakat Melayu-Islam untuk ‘berhati-hati’ menerima bantuan daripada golongan “Evangelis Kristian.”

Kamarul menimbulkan perkara ini setelah menyerang Steven Sim semata-mata kerana mengesyaki, tanpa usul periksa atau bukti, bahawa bantuan yang diberikan oleh Steven Sim kepada para pengundi beliau sengaja disensasikan.

Ini merupakan contoh kelakuan buruk sangka tak tentu hala yang sama sekali terlarang Islam.

Loading...

Menurut Kamarul, Steven Sim sengaja mencari publisiti melalui “penceritaan panjang lebar dengan menggunakan ayat-ayat yang dimaksudkan untuk mencetuskan emosi, dikaitkan dengan Ramadan dan disertakan dengan gambar-gambar terperinci yang dirancang dari awal.”

Tuduhan Kamarul amat pelik dan nyata ditimbulkan atas dasar “tidak puas hati” dengan Steven Sim hanya kerana bantuan yang seakan-akan sama yang diberikan oleh Ahli parlimen Pendang Datuk Awang Hashim sebelum ini tidak diberi perhatian yang sama.

Ini bukanlah kesalahan Steven Sim, dan gelagat Kamarul terus menerus menyerang Steven Sim dengan mempertikai bantuan motosikal kepada seorang pemuda Melayu amat dikesali dan bersifat rasis lampau.

Itulah pendapat saya.

Lebih menyedihkan lagi apabila hantaran-hantaran berbaur rasis ini diterbitkan oleh Harakah Daily, portal rasmi PAS.

Maka tidak hairanlah orang ramai meluahkan kemarahan menerusi komen di hantaran berkenaan serta mempersoalkan tindakan universiti itu untuk mengekalkan Kamarul sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah portal berita.

Saya mengaku, saya sendiri amat sensitif jika ada usaha mana-mana pihak menggangu gugat kedaulatan Islam atau percubaan untuk memarakkan gelombang Evangelis dikalangan penganut agama Islam.

Tetapi tindak-tanduk Kamarul amat memalukan dan merupakan contoh yang harus dijauhi oleh semua yang bergelar Muslim kerana tersasar dari landasan kebenaran dan mampu mencetuskan ketegangan kaum.

WAJIB BACA:

BANDINGKAN KENYATAAN SAYA DAN NAJIB, NILAI SENDIRI SIAPA BERCAKAP BENAR



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...