Serangan seksual: Anwar bakal PM-8, wajib buat sumpah laknat, laporan polis sendiri

Memandangkan Anwar bergelar “bakal PM ke-8,” bagi meyakinkan rakyat, saya turut bercadang agar Anwar membuat sumpah laknat di Mahkamah Syariah menurut tuntutan Islam dan mencadangkan agar Yusoff juga berbuat demikian. Sumber (gambar): TTF

“Shukri tidak mempunyai locus standi dalam hal melibatkan tuduhan Yusoff terhadap Anwar dan seharusnya meminta Anwar sendiri membuat laporan polis sekiranya benar dakwaan Yusoff merupakan fitnah dan penipuan semata-mata”

Raggie Jessy Rithaudeen

Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim seharusnya turun buat laporan polis sendiri berhubung tuduhan serangan seksual dan fizikan yang dilemparkan terhadapnya daripada meminta orang lain melakukan demikian.

Semalam, setiausaha sulit beliau, Shukri Saad membuat laporan terhadap Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan Yusoff bahawa Anwar menyerangnya secara seksual dan fizikal serta cuba meliwatnya secara paksa.




Shukri memberitahu wartawan bahawa dakwaan tersebut merupakan satu fitnah yang direka dan diulang-ulang.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tersebut dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Malangnya, kenyataan Shukri dengan sendirinya merupakan fitnah melainkan beliau berada di tempat kejadian dan menyaksikan sendiri apa yang berlaku ataupun ada bukti kukuh bahawa kejadian tersebut tidak pernah berlaku.

Setakat ini, tidak ada terbitan dari mana-mana media ataupun kenyataan dari Shukri sendiri yang mencadangkan beliau memiliki bukti berkenaan.

Menerusi satu akuan bersumpah yang diterbitkan TTF semalam, Yusoff mendakwa diarahkan oleh Shukri untuk berjumpa dengan Anwar di kediamannya di Bukit Segambut sebelum diperlakukan dengan cara tidak senonoh.

Merujuk dakwaan tersebut, Shukri mempunyai hak untuk membuat laporan polis setakat mana ianya melibatkan beliau.

Selebihnya, Shukri harus meminta Anwar sendiri membuat laporan polis sekiranya benar dakwaan Yusoff terhadap Anwar merupakan penipuan dan fitnah semata-mata.

Loading...

Memandangkan Anwar bergelar “bakal PM ke-8,” bagi meyakinkan rakyat, saya rasa Anwar turut harus membuat sumpah laknat di Mahkamah Syariah menurut tuntutan Islam dan mencadangkan agar Yusoff juga berbuat demikian.

Anwar turut perlu jelaskan siapa yang disyaki dalang di sebalik tuduhan serangan seksual yang terbaru ini yang didakwanya adalah bertujuan menjatuhkan imej beliau.

Sebelum ini, ketika dipecat dari kerajaan pada tahun 1998 atas tuduhan liwat, Anwar mendakwa diperlakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menguburkan karier politik beliau.

Pada tahun 2008 pula, Anwar mendakwa diperlakukan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak apabila dituduh meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari Azlan.

Apakah Anwar masih berfikir semua ini kerja Tun atau Najib, atau adakah pihak ketiga terlibat dalam dakwaan terbaru ini?



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...