
سيسي ڤربينچڠن خاص راج-راج ملايو سلساي سلڤس همڤير ليما جم
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Raja-Raja Melayu selesai mengadakan Perbincangan Khas di Istana Negara yang berlangsung selama hampir lima jam bermula 2.30 petang tadi.
Raja Melayu terakhir yang berangkat meninggalkan Istana Negara pada 7.05 minit petang tadi ialah wakil raja perlis, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Perbincangan Khas yang diadakan pada petang ini adalah dimaklumkan bagi menyembah maklum kepada Raja-Raja Melayu berkenaan pandangan dikemukakan oleh pemimpin politik negara.
Difahamkan, kesemua Raja-raja Melayu telah hadir kecuali Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, manakala Sultan Kelantan Sultan Muhammad V difahamkan tidak menghadiri sesi kali ini.
KUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu selesai mengadakan Perbincangan Khas di Istana Negara yang berlangsung selama hampir lima jam bermula 2.30 petang tadi.
Raja Melayu terakhir yang berangkat meninggalkan Istana Negara pada 7.05 minit petang tadi ialah wakil raja perlis, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar menjadi yang terawal berangkat pulang daripada Istana Negara selepas kenderaan yang membawanya dilihat keluar dari pintu utama pada 5.15 petang.
Perbincangan Khas yang diadakan pada petang ini adalah dimaklumkan bagi menyembah maklum kepada Raja-Raja Melayu berkenaan pandangan dikemukakan oleh pemimpin politik negara.
Difahamkan, kesemua Raja-raja Melayu telah hadir kecuali Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, manakala Sultan Kelantan Sultan Muhammad V difahamkan tidak menghadiri sesi kali ini.
Perbincangan Khas itu dipercayai bermula pukul 2.30 petang tadi.
Beberapa pegawai kanan kerajaan yang dipanggil untuk sesi Sembah Taklimat ialah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.
THE THIRD FORCE
Dipetik daripada laporan Astro Awani dan Sinar Online
WAJIB BACA:
Hanya Mahathir seorang beri jalan penyelesaian khusus
Loading...
