‘Sesiapa yang tandatangan perjanjian ‘keyakinan dan pembekalan’ (csa) juga pengkhianat’

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Saya juga lihat perubahan pada diri serta prinsip Syed Saddiq selepas disoal-siasat oleh pihak SPRM dalam kes kehilangan wang sejumlah hampir rm250,000 dari peti besi di rumahnya”

Khairuddin Abu Hassan

Jika parti DAP, AMANAH dan PKR bersetuju untuk menandatangani perjanjian ‘keyakinan dan pembekalan’ (csa) mereka juga adalah tergolong dalam kalangan pengkhianat.

Rakyat serta para pengundi harus menghukum mana-mana ahli-ahli parlimen DAP, AMANAH serta PKR yang tandatangan perjanjian tersebut pada PRU15 yang akan datang.

Dulu kita lawan golongan pengkhianat negara dan kleptokrats secara bermati-matian!! Dan kini mereka adalah sebahagian dari kerajaan PN yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin.




Apa bentuk perjanjian sekiranya ditandatangani dengan kerajaan PN membawa erti golongan ahli-ahli parlimen PH ini sanggup tunduk serta bersubahat dengan para pengkhianat negara dari kerajaan ‘tebuk atap’.

Saya rasa Syed Saddiq adalah broker utama dalam agenda ini. Beliau juga sedang meyakini ahli-ahli parlimen PH untuk menandatangani perjanjian ‘keyakinan dan pembekalan’ kononnya atas dasar bagi kepentingan rakyat di setiap kawasan parlimen pihak pembangkang.

Apa jua nama perjanjian tersebut; pokoknya mereka tidak harus menandatanganinya kerana ini adalah rasuah politik.

Unsur ‘bargainning’ ujud dalam konteks ini!! Kalau kerajaan PH ikhlas demi kepentingan rakyat mereka sepatutnya lulus saja peruntukan tersebut tanpa perlu memaksa setiap ahli parlimen pembangkang untuk menandatangani perjanjian tersebut secara hitam putih baru boleh diluluskan peruntukan itu.

Ini seperti paksaan. Bukan satu pertimbangan ikhlas dari kerajaan ‘tebuk atap’ PN bagi menyediakan peruntukan tersebut.

Di zaman kepimpinan kerajaan PH dahulu Tun Dr Mahathir Mohamad meluluskan sejumlah peruntukan untuk ahli-ahli parlimen pembangkang namun mereka tidak perlu tanda-tangani sebarang bentuk perjanjian untuk dapatkan peruntukan tersebut.

Cara dan kaedah Tun Dr Mahathir Mohamad amat ikhlas. Pendekatan ini baru betul kerana tidak paksa sesiapa pun untuk menandatangani sebarang bentuk perjanjian bagi memperolehi peruntukan tersebut.

Loading...

Kini, sekitanya ahli-ahli parlimen pembangkang tidak menandatangani perjanjian ‘CSA’, maka tiadalah peruntukan parlimen.

Sekiranya ahli-ahli parlimen PH sanggup menandatanganinya maka in juga membawa erti pemimpin-pemimpin PH sanggup menggadaikan maruah, prinsip serta integriti demi untuk dapatkan dana.

Realitinya, menandatangani perjanjian ‘keyakinan dan pembekalan’ hanyalah kaedah untuk ‘menghalalkan cara’ kearah mempertahankan golongan kleptokrats mahupun para pengkhianat negara yang kini bersama kerajaan ‘tebuk atap’ PN untuk terus berpaut pada kuasa politik mereka.

Jika undian belanjawan ini gagal mendapat kelulusan maka keseluruhan kerajaan ‘tebuk atap’ PN akan tumbang.

Memeterai perjanjian ‘CSA’ ini semata-mata untuk menjaminkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN tidak tumbang dalam masa terdekat. Itu saja motifnya.

Keseluruhan rakyat harus tunggu dan lihat gelagat segelintir dari pemimpin-pemimpin DAP, AMANAH serta PKR yang ‘kemaruk’ dengan wang ringgit.

Dulu berpuluhan tahun mereka jadi pembangkang tanpa peruntukan dana ini tiada masalah pun!! Tiba-tiba kini mereka lebih mementingkan peruntukan kewangan pula kononnya atas dasar hendak jaga kebajikan rakyat di setiap kawasan parlimen.

Ahli parlimen Muar iaitu Syed Saddiq nampak beria-ia benar serta ‘excited’ dengan perjanjian ‘CSA’ ini.

Saya juga lihat perubahan pada diri serta prinsip Syed Saddiq selepas disoal-siasat oleh pihak SPRM dalam kes kehilangan wang sejumlah hampir rm250,000 dari peti besi di rumahnya.

Selepas insiden itu, kita semua dapat lihat arah-tuju perjuangan Syed Saddiq sudah semakin ‘gelong’ sikit.

Semua ahli-ahli parlimen PH jangan bagi ‘tali hayat’ secara ekspress kepada kerajaan ‘tebuk atap’ PN tanpa terlebih dahulu meneliti keseluruhan isi kandungan belanjawan 2021 secara komprehensif.

Jangan sama sekali perjudikan masa depan bangsa serta negara malaysia yang tercinta ini.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...