Setahun lebih berdepan Covid-19, mana ICU, hospital tambahan?

Raggie Jessy Rithaudeen

ستاهون لبيه بردڤن چوۏيد-19، مان اچو، هوسڤيتل تمبهن؟

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Pada 24hb Mac 2020, tidak sampai sebulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri, saya mencadangkan satu kaedah mudah (rujuk bawah) kerajaan boleh meningkatkan kapasitinya untuk menampung peningkatan dalam kes Covid-19 agar tidak terjadi isu “kekurangan katil” atau kekurangan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Malangnya, bukan hanya cadangan saya tidak diendahkan, tidak ada penekanan yang diberikan oleh kabinet Muhyiddin dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terhadap usaha membina lebih banyak bilik ICU atau hospital tambahan sebagai langkah berjaga-jaga jika keadaan bertambah rumit.




Sebaliknya, penekanan berlebihan diberikan kepada penyediaan pusat tahanan atau “penjara khas” bagi menghukum rakyat biasa yang melanggar SOP dan kempen Pilihan Raya Negeri Sabah yang memakan belanja ratusan juta ringgit agar PPBM boleh menguasai Sabah.

Ini tidak termasuk agihan dana berpuluh juta kepada sebuah unit propaganda yang dihidupkan semula dan diberi nama baharu dan agihan-agihan lain yang mencurigakan menerusi Belanjawan 2021.

Jika Muhyiddin boleh meluluskan RM35 juta bagi pembinaan tiga dewan di kawasan Parlimen Pagoh  yang kononnya diperlukan untuk memenuhi “keperluan masyarakat setempat,” di manakah agihan dana untuk membina hospital-hospital baharu bagi “menyelamatkan nyawa warganegara?”

Jika puluhan juta ringgit dibelanjakan sebulan bagi menampung gaji lebih 70 menteri dan timbalan menteri menggunakan hasil titik peluh rakyat yang sedia terhimpit, kenapakah menteri-menteri dan timbalan menteri ini tidak terfikir untuk mencadangkan pembinaan bilik-bilik ICU bagi menampung tambahan sekurang-kurangnya 1,000 pesakit?

Apakah MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak membincangkan perkara ini dalam berpuluh-puluh mesyuarat yang diadakan setakat ini?

Apakah kerajaan tidak terfikir untuk membina lebih banyak hospital dan ICU setelah satu tahun lebih mengenakan pelbagai bentuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang nyata gagal berdasarkan statistik angka Covid-19?

Apakah kerajaan tidak mampu mencari dana untuk membina beberapa hospital tambahan setelah meluluskan belannjawan terbesar dalam sejarah tanah air dan selepas meluluskan pindaan undang-undang agar kerajaan boleh berbelanja lebih menggunakan dana simpanan PETRONAS (KWAN) dan dana lain tanpa kelulusan parlimen?

Loading...

Mengapa sehingga hari ini cadangan saya (bawah) yang nyata tidak menelan belanja besar tidak dihiraukan?

Bukankah ahli-ahli parlimen blok kerajaan menerajui pelbagai agensi dan syarikat berkait kerajaan, dan bukankah agensi dan syarikat berkait kerajaan ini boleh menyumbang ke arah pemerkasaan kemampuan hospital-hospital kerajaan?


CADANGAN SAYA (24 MAC 2020)

#TTFCovid19: Here’s how Malaysia can have a new, advanced hospital in less than 10 days

“If the GoM takes the idea up seriously, irons out the necessary red tape and mobilises the required number of contractors and medical suppliers with the help of government-friendly construction giants such as UEM Group Berhad, YTL Corp Berhad or Gamuda Berhad, we could have a facility of such proportions up and running in no time at all, possibly even within a timespan of 10 days, maybe less”

Raggie Jessy Rithaudeen

#تتفچوۏيد19: بڬينيله چاراڽ مليسيا بوليه بينا هوسڤيتل چڠڬيه بارو كورڠ 10 هاري

#TTFCovid19

The Government of Malaysia (GoM) may not be able to build hospitals under 10 days like China, but it most certainly can identify and refurbish an existing low to medium-cost housing project that has been abandoned for years but is over 85-90 per cent complete.

If the GoM can speed up the red tape and get private corporations and (or) government linked companies to contribute to the takeover of these projects, it could turn these houses into a cluster community of clinics and hospital wards isolated from one another according to the severity of Covid-19 cases.

Some of the houses could serve as incubation units for more severe cases, while others could be used as rehabilitation centres to nurse recovering patients and (or) cases with mild symptoms.

The project could be termed the “Disease Control and Outbreak Cluster Community” hospital (DCOCC) and could be used in the future to contain other outbreaks no matter how severe these outbreaks may be.

The DCOCC could designate several houses as laboratories to conduct immediate tests on blood and other patient samples and expand these laboratories in the future to conduct in situ research on the genetic material found in pathogens.

One or two units could also be used to conduct clinical trials on volunteers by employing drugs that researchers in other countries have found to give promising results in the treatment of Covid-19 infections.

If the GoM takes the idea up seriously, irons out the necessary red tape and mobilises the required number of contractors and medical suppliers with the help of government-friendly construction giants such as UEM Group Berhad, YTL Corp Berhad or Gamuda Berhad, we could have a facility of such proportions up and running in no time at all, possibly even within a timespan of 10 days, maybe less.

WAJIB BACA:

Tan Sri Abdul Hamid Bador, ‘the legend’, wira kebangsaan – saya tabik hormat



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...