Setelah dakwa tawaran ‘taraf menteri’ hina rakyat susah, Anwar kini bertaraf menteri

Amat aneh apabila Anwar menerima tawaran Ismail Sabri, memandangkan sebelum ini, Anwar menganggap tawaran menjadikan ketua pembangkang setara menteri kanan satu penghinaan ketika rakyat bergelut mendepani pandemik. Sumber (gambar): Fail TTF

“Apakah Anwar kini sedar bahawa beliau tidak mungkin menjadi Perdana Menteri kerana tidak memiliki sokongan majoriti dan Pakatan Harapan bakal dibelasah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15?”

Raggie Jessy Rithaudeen

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang semalam menyerahkan surat pengesahan untuk menaik taraf status Pejabat Ketua Pembangkang setara dengan Pejabat Menteri.

Perkara itu disahkan oleh Anthony Loke, yang berkata, surat itu diserahkan sendiri oleh Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mesyuarat kedua Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di Bilik Mesyuarat Parlimen.




Katanya, surat pengesahan itu melayakkan Anwar menerima kemudahan yang dinikmati oleh seorang Menteri.

Amat aneh apabila Anwar menerima tawaran Ismail Sabri, memandangkan sebelum ini, Anwar menganggap tawaran menjadikan ketua pembangkang setara menteri kanan satu penghinaan ketika rakyat bergelut mendepani pandemik.

Sebelum ini, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan taraf menteri kepada Ketua Pembangkang, Anwar menyuarakan rasa terkejutnya sambil mendakwa Muhyiddin tidak sensitif dalam keadaan ekonomi negara yang semakin meleset.

“Saya tidak langsung terfikir ini sebagai munasabah, takkanlah ini boleh dibuat…satu penghinaan orang nak dapat tambahan RM50 ke RM100 sebulan nak cari nafkah untuk anak isteri.

“Sekarang kamu pelawa pula ketua pembangkang tambahan RM40,000 ke RM50,000 dengan segala status. Itu salah, sebab itu saya tegas menolak. Saya kaget dan terkejut sedikit,” katanya.

Apakah bezanya tawaran Ismail Sabri sehingga Anwar tidak lagi kaget atau terkejut?

Sebelum ini, Anwar secara konsisten menolak semua bentuk jawatan yang ditawarkan kepadanya, bermula dengan tawaran Tun Dr Mahathir Mohamad pada 13hb Mei 2018 agar Anwar dilantik sebagai senator.

Loading...

Pada 6hb September 2018, Anwar mendedahkan bahawa beliau pernah menolak tawaran jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Katanya, beliau enggan memegang sebarang jawatan kerana ingin membantu memperkukuhkan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kemudian, pada 24hb November 2019, Anwar mengumumkan Ibrahim tidak mahu menerima sebarang jawatan sekiranya berlaku rombakan barisan Kabinet oleh Mahathir.

“Saya tidak minta, persefahaman dia jelas, saya tunggu. Saya tidak bercadang untuk sertai Kabinet Tun M, ” katanya.

Pendirian Anwar konsisten – beliau tidak ingin sebarang jawatan dalam kerajaan selagi tidak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Apakah Anwar kini sedar bahawa beliau tidak mungkin menjadi Perdana Menteri kerana tidak memiliki sokongan majoriti dan Pakatan Harapan bakal dibelasah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15?

WAJIB BACA:

Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...