
ستياءوسها ديوان هيمڤونن ڤندوكوڠ ڤاس لتق جاوتن، دعوا ڤاس ءتق لاڬي مسراء بوكن مسلم
Setiausaha kebangsaan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) S Barathidasan mendakwa PAS tidak lagi mesra dalam isu-isu bukan Muslim.
Susulan itu, beliau mengumumkan meninggalkan parti dan melepaskan semua jawatan yang disandang dalam dewan berkenaan.
Barathidasan turut menyandang jawatan Urusetia DHPP Pusat, Ketua DHPP Wilayah Persekutuan, Pengarah Pilihan Raya DHPP Pusat, AJK Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat dan AJK BAKIP.
Mengulas lanjut, Barathidasan mendakwa bahawa PAS tidak lagi mesra dalam isu-isu bukan Muslim.
“Walaupun parti itu kata ‘PAS untuk semua’, namun, secara realiti sejak akhir-akhir ini parti itu jarang menyentuh isu-isu bukan Muslim.”
PETALING JAYA: Setiausaha kebangsaan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) S Barathidasan mendakwa PAS tidak lagi mesra dalam isu-isu bukan Muslim.
Susulan itu, beliau mengumumkan meninggalkan parti dan melepaskan semua jawatan yang disandang dalam dewan berkenaan.
“Dengan rasa rendah diri saya memohon melepaskan semua jawatan yang disandang dalam DHPP.
“Tujuan peletakan jawatan ini adalah disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan dalam DHPP dan isu-isu yang berterusan berlaku sehingga saya tidak dapat membawa suara rakyat bukan Muslim khususnya masyarakat kaum India,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Tambahnya, dia telah menghantar surat letak jawatan bertarikh 22 Disember 2020 yang diserah pada 30hb Disember 2020 kepada Setiausaha Agung PAS Pusat.
“Memandangkan pandemik Covid-19 yang makin berterusan sehingga banyak mesyuarakat DHPP pusat terpaksa ditunda.
“Maka DHPP PAS Pusat mengadakan mesyuarat dewan hariannya pada 21hb Februari 2021 dan menerima keputusan saya untuk melepaskan semua jawatan,” katanya.
Barathidasan turut menyandang jawatan Urusetia DHPP Pusat, Ketua DHPP Wilayah Persekutuan, Pengarah Pilihan Raya DHPP Pusat, AJK Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat dan AJK BAKIP.
Mengulas lanjut, Barathidasan mendakwa bahawa PAS tidak lagi mesra dalam isu-isu bukan Muslim.
“Walaupun parti itu kata ‘PAS untuk semua’, namun, secara realiti sejak akhir-akhir ini parti itu jarang menyentuh isu-isu bukan Muslim.
“Malah, pusat pimpinannya tidak cuba menyelesaikan beberapa isu yang mengecewakan masyarakat bukan Melayu khususnya di Kedah,” katanya.
Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh PAS menjadi tumpuan kontroversi setelah dikatakan merobohkan kuil Hindu tanpa berunding dengan kerajaan persekutuan selain membatalkan Thaipusam sebagai cuti peristiwa.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, yang juga pengarah pilihan raya PAS Pusat kemudian membidas MIC dan berkata pihaknya tidak memerlukan sokongan MIC.
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
