Setiausaha Politik Mahathir nafi PEJUANG ambil alih KIMMA

Abu Bakar berkata tiada sebab untuk Pejuang mengambil alih Kimma kerana Pejuang sudahpun mematuhi segala kehendak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi proses kelulusan. Sumber (gambar): Malaysiakini

ستياءوسها ڤوليتيك محضير نافي ڤجوڠ امبيل اليه كيمم

Setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Abu Bakar Yahya menafikan dakwaan kononnya Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) akan mengambil alih parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma).

Abu Bakar berkata demikian ketika diminta mengulasi mengenai khabar angin yang Pejuang akan mengambil alih Kimma.

Dalam pada itu, sumber yang rapat dengan Mahathir memaklumkan Pejuang sedang berunding untuk mengambil alih Kimma.

“Kiranya begitulah, masih dalam proses rundingan. Kimma yang menawarkan kepada Pejuang untuk mengambil alih parti mereka.

“Bagaimanapun masih diperingkat perbincangan dan kita berharap permohonan PEJUANG diluluskan,” katanya.


Setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Abu Bakar Yahya menafikan dakwaan kononnya Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) akan mengambil alih parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma).

Menurut Malaysiakini, Abu Bakar berkata tiada sebab untuk Pejuang mengambil alih Kimma kerana Pejuang sudahpun mematuhi segala kehendak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi proses kelulusan.




“Itu orang boleh cakap, hanya spekulasi. Orang boleh cakap PEJUANG nak ambil alih Umno mahupun Bersatu juga.

“Pejuang tunggu pendaftaran parti diluluskan, rasanya tiada sebab untuk pihak kerajaan tidak meluluskan Pejuang.

“Jika ada syarat yang tidak dipenuhi beritahu, Kita akan penuhi,” katanya.

Abu Bakar berkata demikian ketika diminta mengulasi mengenai khabar angin yang Pejuang akan mengambil alih Kimma.

Ogos tahun lalu, presiden penaja parti itu, Mukhriz Mahathir mendaftarkan parti itu di pejabat ROS di Putrajaya.

Bagaimanapun, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menolak permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk mendaftar parti itu sebagai sebuah parti politik.

Pada 7hb Januari lalu, peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Pejuang memaklumkan pihak RoS telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung Penaja Pejuang Amiruddin Hamzah mengenai penolakan permohonan itu sehari sebelumnya atas alasan pendaftarannya dibuat secara tidak teratur.

Loading...

Dalam pada itu, sumber yang rapat dengan Mahathir memaklumkan Pejuang sedang berunding untuk mengambil alih Kimma.

“Kiranya begitulah, masih dalam proses rundingan. Kimma yang menawarkan kepada Pejuang untuk mengambil alih parti mereka.

“Bagaimanapun masih diperingkat perbincangan dan kita berharap permohonan PEJUANG diluluskan,” katanya.

Selain Kimma, beberapa parti kecil turut menawarkan PEJUANG untuk mengambil alih parti mereka.

THE THIRD FORCE

Disunting dari laporan Malaysiakini

WAJIB BACA: 

‘Dalil’ Hadi terkini berkenaan ‘Melayu dirasuk syaitan’ terlalu bersangka buruk terhadap ummah

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...