Shafee: 1MDB pastinya diuruskan sekumpulan orang bodoh

Najib merupakan perdana menteri dan menteri kewangan serta pemegang saham 1MDB ketika skandal 1MDB meletus. Beliau juga merupakan pengerusi lembaga penasihat syarikat itu. Sumber (gambar): TTF

شافياي: 1مدب ڤستيڽ داوروسكن سكومڤولن اورڠ بودوه

Ketua pasukan pembelaan bekas perdana menteri DatukSeri Najib Tun Razak hari ini membangkitkan kegagalan 1MDB untuk mengesan bahawa Aabar Investments PJS Ltd, yang didaftar di Virgin Islands, tiada kaitan dengan Aabar Investments PJS yang berpangkalan di Abu Dhabi.

Menurut laporan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ketika melakukan pemeriksaan balas, mengecam bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi kerana didakwa telah ditipu lebih daripada sekali.

Ditanya jika dia “terkejut besar” apabila International Petroleum Investment Company (IPIC) menafikan kaitan dengan Aabar BVI pada 2016, Shahrol menjawab dia pada masa itu sudah pun lali dengan pendedahan-pendedahan tentang 1MDB.

Sebelum penafian IPIC itu, 1MDB membayar berbilion dolar kepada Aabar BVI daripada perolehan bon yang dikendalikan Goldman Sachs pada 2012, yang kemudiannya diselewengkan.


PETALING JAYA: Ketua pasukan pembelaan bekas perdana menteri DatukSeri Najib Tun Razak hari ini membangkitkan kegagalan 1MDB untuk mengesan bahawa Aabar Investments PJS Ltd, yang didaftar di Virgin Islands, tiada kaitan dengan Aabar Investments PJS yang berpangkalan di Abu Dhabi.

Menurut laporan Malaysiakini, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ketika melakukan pemeriksaan balas, mengecam bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi kerana didakwa telah ditipu lebih daripada sekali.




“1MDB pastinya diuruskan oleh sekumpulan orang bodoh sehingga berdepan keadaan bermasalah (to fall in cobra pits).

“Saya tiada komen,” balas Shahrol.

Sebelum itu, Shahrol dilaporkan berkata dia percaya Aabar BVI adalah subsidiari kepada Aabar Investments PJS memandangkan kedua-duanya mempunyai pemegang jawatan yang sama, iaitu Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Badawy al-Hussainy.

Kedua-duanya berdepan tindakan jenayah di Emiriah Arab Bersatu.

Shafee dilaporkan merujuk Aabar BVI sebagai “little Aabar” dan Aabar yang sah sebagai “big Aabar”.

Shahrol berkata dia tidak mengesahkan sama ada “little Aabar” atau “big Aabar” memiliki kaitan atau tidak dan tidak pasti jika ada pegawai 1MDB lain yang berbuat demikian.

Ditanya jika dia “terkejut besar” apabila International Petroleum Investment Company (IPIC) menafikan kaitan dengan Aabar BVI pada 2016, Shahrol menjawab dia pada masa itu sudah pun lali dengan pendedahan-pendedahan tentang 1MDB.

Loading...

Sebelum penafian IPIC itu, 1MDB membayar berbilion dolar kepada Aabar BVI daripada perolehan bon yang dikendalikan Goldman Sachs pada 2012, yang kemudiannya diselewengkan.

“Saya terkejut tetapi tidak terkejut besar,” kata Shahrol.

“Kerana keadaan pada masa itu, pada 2015, misalnya apabila Bank Negara menyatakan Good Star Ltd bukan entiti Petrosaudi International, ia sekali lagi modus operandi yang sama.

“Saya sudah pun lali (numb) daripada pendedahan Sarawak Report berkenaan 1MDB,” katanya lagi.

Shahrol merupakan CEO 1MDB sejak 2009 hingga 2013.

Ketika itu Najib adalah perdana menteri dan menteri kewangan serta pemegang saham 1MDB. Beliau juga merupakan pengerusi lembaga penasihat syarikat itu.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...