Shafee bertekad penjarakan blogger yang didakwa putar belit fakta kes SRC

Tidak menamakan blog berkenaan, namun menurut Muhammad Shafee, pihaknya mahu memastikan blog dan penulis blog (blogger) tersebut dijatuhkan hukuman paling tegas kerana telah jelas menjejaskan reputasi anak guamnya. Sumber (gambar): Fail TTF

Peguambela bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan menghantar aduan kepada Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung tindakan sebuah blog yang didakwanya telah menyebarkan fitnah termasuk berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. (SRC International).

“Saya mahu lihat blog dan blogger ini dijatuhi hukuman paling tegas. Banyak fitnah dan cerita tidak betul telah ditaburkan oleh blogger ini untuk dijadikan tatapan pembaca, sesuatu yang tidak betul dengan gambaran buruk sekali.

“Adalah sesuatu yang tidak patut, sebelum selesai kes ini, sebelum dijatuhi hukuman atau keputusan, blogger itu sudah menjatuhkan hukumannya sendiri di mata rakyat. Apa punya blog apabila menulis pelajar-pelajar jurusan undang-undang tahun pertama sendiri akan tahu Najib bersalah daripada awal lagi,” katanya.

“Pada saya, hukuman itu pasti, saya akan pastikan dia dipenjara walau apa pun sebagai pengajaran kepada yang lain supaya jangan sekali melampau batas,” katanya.


KUALA LUMPUR: Peguambela bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan menghantar aduan kepada Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung tindakan sebuah blog yang didakwanya telah menyebarkan fitnah termasuk berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. (SRC International).

Tidak menamakan blog berkenaan, namun menurut Muhammad Shafee, pihaknya mahu memastikan blog dan penulis blog (blogger) tersebut dijatuhkan hukuman paling tegas kerana telah jelas menjejaskan reputasi anak guamnya.

“Saya akan cari blogger ini sehingga ke lubang cacing dan pastikan dia dijatuhkan hukuman penjara. Tidak akan sesekali berkompromi dengan penulisan seperti ini, pada saya ia sesuatu yang sangat dahsyat sepanjang karier saya.


“Saya akan panjangkan isu kepada kepada Peguam Negara, saya mahu tengok jika beliau ambil tindakan atau tidak kerana ini adalah sesuatu yang amat serius walhal perkara yang begitu ‘kecil’ sekalipun, Tommy cuba ambil tindakan terhadap saya dan anak guam saya sebelum ini,” katanya seperti dilapor portal Malaysia Gazette hari ini.

Menurut Muhammad Shafee lagi, jika tiada sebarang tindakan dilakukan oleh Tommy, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan seterusnya.

“Saya mahu lihat blog dan blogger ini dijatuhi hukuman paling tegas. Banyak fitnah dan cerita tidak betul telah ditaburkan oleh blogger ini untuk dijadikan tatapan pembaca, sesuatu yang tidak betul dengan gambaran buruk sekali.

“Adalah sesuatu yang tidak patut, sebelum selesai kes ini, sebelum dijatuhi hukuman atau keputusan, blogger itu sudah menjatuhkan hukumannya sendiri di mata rakyat. Apa punya blog apabila menulis pelajar-pelajar jurusan undang-undang tahun pertama sendiri akan tahu Najib bersalah daripada awal lagi,” katanya.

Jelasnya lagi, blog berkenaan juga telah memanipulasi banyak fakta selain menuduh pasukan peguambela mereka-reka bukti bagi kes berkenaan.

“Pada saya, hukuman itu pasti, saya akan pastikan dia dipenjara walau apa pun sebagai pengajaran kepada yang lain supaya jangan sekali melampau batas,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Shafee turut memberitahu bahawa pihaknya ada meminta ihsan hakim serta Tommy supaya Najib yang sedang menghadapi perbicaraan berkaitan dana SRC International disediakan kusyen supaya dapat duduk dengan lebih selesa.

“Bayangkan, anak guam saya ini sudah berusia, apa jadi kepada beliau duduk berjam-jam di atas kerusi kayu itu? Adakah adil? Beliau sendiri mengadu sakit punggung kepada saya,” katanya.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...