Shafie Apdal bercita-cita besar jadi PM, bukan main bodek Tun Mahathir satu ketika dulu – Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan

شافعي اڤدل برچيتا-چيتا بسر جادي ڤي عيم، بوكن ماءين بوديق تون محضير ساتو كتيك دولو – خير الدين

Kenyataan Datuk Seri Shafei Apdal untuk menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kecelaruan lanskap mutakhir politik negara tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras.

Kita tidak pernah melarang parti WARISAN untuk memasukki semenanjung kerana ini adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem politik demokrasi.




Sesiapa saja berhak menubuhkan parti-parti politik dan bertanding di mana saja yang mereka suka di bumi Malaysia.

Namun, Datuk Seri Shafei Apdal ini adalah seorang yang hanya ‘syok sendiri’ kerana parti WARISAN tiada sambutan pun di semenanjung.

Dahulu parti WARISAN kata hendak lancar penubuhan secara besar-besaran di semenanjung tetapi sehingga kini gagal untuk menubuhkan cawangan-cawangan pun di semenanjung.

Adalah lebih baik Datuk Seri Shafei Apdal hanya tumpu kekuatannya di Sabah bagi memantapkan lagi kedudukan parti WARISAN di sana.

Sekarang ramai juga daripada pemimpin-pemimpin serta wakil-wakil rakyat dari pihak Datuk Seri Shafei Apdal  yang sedang meninggalkan beliau.

Kalau dikaji parti WARISAN hanya dapat bertapak di pantai timur Sabah sahaja.

Di pantai barat Sabah dan tempat-tempat lain parti WARISAN tidak kuat macamana pun serta tiada sambutan.

Loading...

Inilah perangai ahli-ahli politik di negara kita ramai yang hipokrit serta ‘bermuka-muka’ saja pada seseorang yang mempunyai kuasa pada sesuatu masa dahulu.

Dahulu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri kali kedua Datuk Seri Shafei Apdal adalah salah seorang ‘kaki bodek’ yang amat kuat.

Setiap kali berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad beliau hanya memuji semata-mata dan menyokong setiap yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri dua kali ini.

Kini, baru hendak persalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya ‘itu dan ini’ tidak betul.

Sekiranya ada apa-apa kelemahan kenapa tidak mahu tegur ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawat jawatan Perdana Menteri?

Datuk Seri Shafei Apdal harus cerminkan mukanya terlebih dahulu. Apakah beliau berpengaruh dan kuat sangat di Sabah?

Beliau dan parti WARISAN juga tumbang di Sabah di atas pengkhianatan kawan-kawan dalam politik. Jangan lupa fakta ini.

Kecelaruan yang berlaku dalam senario lanskap politik negara pada hari ini adalah disebabkan oleh kalangan pengkhianat seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa Ahli-Ahli Parlimen dari kerajaan PH pada waktu itu yang terlibat dengan ‘Langkah Sheraton.’

‘Langkah Sheraton’ akhirnya memudaratkan dan ‘makan diri’ Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan negara berbalik kepada pada kleptokrats.

Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah orang yang bertanggungjawab menyerah semula kuasa pada UMNO dan BN selepas PRU14 sehingga merosakkan negara kita secara semakin teruk.

Golongan ini bukan ikhlas hendak berkhidmat untuk rakyat tetapi mereka hanya mahukan kuasa serta jawatan bagi terus merompak khazanah kerajaan mahupun duit rakyat.

Mengapa Datuk Seri Shafei Apdal tidak langsung menyalahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua yang terlibat dengan ‘Langkah Sheraton’ sehingga puak kleptokrats kembali berkuasa?

Kini negara kita ditadbir oleh kalangan yang korup serta rakus kuasa.

Yang memburukkan lagi keadaan jumlah jemaah menteri kabinet  pada hari ini amat ramai tetapi semuanya tidak mempunyai kebolehan bagi mentadbir negara.

Atas dasar inilah keadaan negara kita menjadi kucar kacir dan ‘haru biru.’

Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengasaskan parti PEJUANG dan GERAKAN TANAH AIR (GTA) kini bertungkus-lumus untuk menyelamat bangsa serta negara dan cuba memenangi PRU15 bagi membina semula ‘Malaysia Baharu.’

Hakikatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad kekal berprinsip dan menolak tawaran untuk menjawat semula jawatan Perdana Menteri buat kali ketiga sekiranya sanggup bersekongkol dengan kerajaan PN pada waktu itu.

Bukan jawatan yang Tun Dr Mahathir Mohamad pentingkan tetapi agenda membangunkan bangsa serta negara adalah keutamaan beliau.

Pembacaan politik Datuk Seri Shafei Apdal amat cetek kerana golongan pengkhianat serta korup dari BN dan PN yang merosakkan negara kita kini tetapi tidak dipersalahkan langsung.

Apa motif Datuk Seri Shafei Apdal untuk menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad secara tiba-tiba di mana beliau sendiri mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam senario politik tanahair kerana parti WARISAN sendiri adalah sebahagian dari kerajaan PH sewaktu itu.

Yang sebenarnya Datuk Seri Shafei Apdal juga bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...