
“Perjuangan Shafie Apdal selari dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang senantiasa mementingkan kesejahteraan masa depan bangsa dan juga negara”
Khairuddin Abu Hassan
Pelbagai versi cerita kononnya Shafie Apdal akan bergabung dengan Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim tetapi keseluruhan rakyat jangan risau kerana beliau seorang pemimpin politik yang amat berprinsip.
Shafie Apdal bukan orang baru dalam politik yang boleh dijual beli!! Prinsip perjuangannya amat kental serta hebat.
Beliau adalah salah seorang pengasas parti umno di sabah dan amat mahir dengan selok-belok politik di sabah mahupun pusat.
Prinsip perjuangannya berteraskan kepada asas kebenaran!! Shafie Apdal sama sekali tidak akan kompromi dengan politik yang tidak beretika.
Kami amat mengenali jatidiri serta sifat Shafie Apdal.
Namun, di saat ini pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab sedang menularkan berbagai spekulasi kononnya Shafie Apdal berkemungkinannya akan bergabung dengan PN serta Anwar Ibrahim.
Sesungguhnya, paksi sokongan Shafie Apdal tetap pada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau amat memahami wadah perjuangan mantan perdana menteri ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran.
Perjuangan Shafie Apdal amat selari dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang senantiasa mementingkan kesejahteraan masa depan bangsa dan juga negara.
Mereka tidak mempunyai sebarang bentuk kepentingan diri dan tidak pernah menyandarkan perjuangan yang menguntungkan diri sendiri kecuali bagi membina Malaysia Baharu yang bakal di wariskan secara sempurna kepada keseluruhan rakyat Malaysia.
Tolak ketepi semua spekulasi tidak berasas terhadap Shafie Apdal kerana jatidiri perjuangannya cukup kental yang mana sesiapa saja tidak akan berjaya menipu atau memperbodohkan beliau.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

